BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui sempadan negara Malaysia-Thailand di sini, pada Jumaat.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya berkata, tangkapan pertama melibatkan sembilan PATI warga Myanmar dibuat pada jam 2.45 petang.
“Pasukan beroperasi di sempadan telah mengesan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan keluar dari semak menuju ke arah jalan raya di Kampung Nibong, Tanah Merah, Kelantan, berjaya memintas dan menahan kesemua individu tersebut.
“Hasil pemeriksaan mendapati, PATI terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan berusia 17 hingga 35 tahun, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Sementara itu, satu lagi tangkapan pada jam 4.30 petang melibatkan 19 PATI warga Myanmar yang ditahan di kawasan semak di dalam kebun getah berhampiran jalan raya Changlun-Sintok.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI terdiri daripada 15 lelaki dan empat wanita berusia 19 hingga 44 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya.
Hasil dua tangkapan itu, pihak ATM turut merampas 18 telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand dengan jumlah keseluruhan bernilai RM13,380.
Kesemua PATI terbabit diserahkan kepada Balai Polis Nibong dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jun 24 2022
Kesemua PATI terbabit diserahkan kepada Balai Polis Nibong dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam. - Foto ihsan ATM
Wartawan ada hak rahsiakan sumber, polis ada hak siasat - Fahmi
Tindakan polis memanggil tiga wartawan berhubung laporan pertukaran kepimpinan tertinggi dalam pasukan PDRM baru-baru ini, tidak bercanggah dengan hak wartawan untuk membuat laporan.
'Saya dalang utama jatuhkan Tun Mahathir' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Rusia larang penerbangan malam ke Israel selama seminggu
Sebab larangan ini tidak diberikan, walaupun ada kaitan yang jelas dengan serangan udara yang ditakuti oleh Iran ke atas Israel.
Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.
Semua kementerian kumpul data prestasi Ekonomi MADANI - Fahmi
Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi atau pencapaian selari kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan Julai tahun lepas.
Maklumat tidak tepat punca rusuhan di UK?
Pelajar Sarjana University of Brighthon, Dr Mohd Khairul Ikhwan berkongsi pandangan mengenai situasi semasa protes di United Kingdom (UK). Media sosial terus dipersalahkan kerana didakwa menjadi medium menyalurkan maklumat tidak benar.
Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tindakan remaja terbabit akibat fikiran terganggu.
Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti
Polis sudah mengenal pasti suspek yang melakukan serangan di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sebuah sekolah agama rakyat di Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya, di sini, pada Jumaat sehingga mencederakan dua wanita.
[TERKINI] Kebakaran: Polis klasifikasikan mangsa maut akibat dibunuh
Kematian pasangan warga emas dan cucu mereka dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin
Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya.
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.