Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hanya menggunakan wang hasil penjanaan perniagaan untuk menampung segala kos perbelanjaan melibatkan program di luar negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Kenyataan beliau itu sekaligus membidas tohmahan serta fitnah yang dilemparkan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya YaPEIM telah menggunakan sejumlah dana yang besar untuk membiayai beberapa program di luar negara melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN).
Dr Asyraf juga menjelaskan yayasan tersebut telah menjana pendapatan tahunan sebanyak RM1.034 bilion melalui perniagaan anak syarikatnya.
Antara anak-anak syarikat yayasan tersebut termasuklah operasi Ar-Rahnu di mana sehingga 2015 entiti korporat itu telah menjana pendapatan sebanyak RM83 juta.
"YaPEIM membuat keuntungan sendiri. Kami tidak menggunakan wang yang diperuntukkan untuk anak-anak yatim atau golongan miskin.
"Tuduhan bahawa wang anak-anak yatim telah digunakan adalah fitnah.
"Cop setem ke atas invois itu ialah YaPEIM bukan PEMANGKIN," kata Asyraf merujuk kepada dua invois yang didedahkan kepada media oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) minggu lalu.
Invois tersebut menunjukkan pembayaran yang dibuat bagi perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya serta rombongan yang didakwa ke program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta Kanada.
"Walaupun anda membuat perbandingan dengan RM1.034 bilion. RM410,000 yang digunakan untuk perjalanan ke AS, (jadi) hanya guna 0.0063%," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Asyraf pada masa sama menegaskan YaPEIM tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya agensi itu menjadi perhatian hanya kerana persepsi negatif sesetengah pihak.
Katanya, perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.
Beliau juga menegaskan bahawa menteri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam soal operasi YaPEIM kerana semuanya tertakluk kepada pengurusannya dan lembaga pemegang amanah agensi itu.
"Jadi menteri atau timbalan menteri tidak ada kuasa untuk campur tangan kecuali jika kami merasakan ada sebarang bentuk penyelewengan, dan dalam kes ini bukan penyelewengan tapi isu persepsi. Tetapi kita akan melihat jika ada sebarang isu tadbir urus.
"Tetapi sebagai menteri dan timbalan menteri kami hanya lihat laporan auditnya, takkan kami nak campur urusan YaPEIM setiap hari, nak tengok apa ketua pegawai eksekutif, presiden atau lembaga pengarah dia buat, kena faham konsep tadbir urus itu," katanya.
Dr Asyraf juga membidas anggota Parlimen pembangkang agar tidak terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada agensi itu dan menyifatkan mereka sepatutnya menyokong YaPEIM.
BACA: NOW dakwa YAPEIM guna dana anak yatim untuk program kursus kahwin di Paris
BACA: Yapeim boleh ambil tindakan terhadap dakwaan tidak berasas - Najib
YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurus atasannya.
Dakwaan oleh Pengarah (NOW) Akmal Nasir itu turut mengaitkan Jamil Khir, YaPEIM dan peneraju tertinggi yayasan berkenaan yang dituduh menyalah guna dan menyeleweng dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji).
Jamil Khir dalam pada itu telah menafikan dakwaan yang beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara dan menyifatkannya sebagai satu kenyataan jahat berupa fitnah serta menyimpang daripada fakta sebenar.
Susulan itu satu laporan polis telah dibuat pada Ahad lalu.
Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin dalam kenyataan media pada Selasa menegaskan YaPEIM dan individu yang terjejas dengan dakwaan itu akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 17 2015
Dr Asyraf menjelaskan yayasan tersebut telah menjana pendapatan tahunan sebanyak RM1.034 bilion melalui perniagaan anak syarikatnya. - Gambar Fail
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
PRK Mahkota: Seluruh jentera Kerajaan Perpaduan digerak sepenuhnya - Asyraf Wajdi
Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada PRK DUN Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi.