ASTRO AWANI sentiasa menyediakan platform yang bersifat neutral, dihormati dan berwibawa kepada semua warga Malaysia dalam melaporkan berita, visi dan idea.

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Astro AWANI bukan sahaja menyajikan liputan berita komprehensif, tetapi turut menyiarkan secara langsung ucapan dasar serta penggulungan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Astro AWANI turut menemu ramah tokoh-tokoh kepimpinan parti tersebut di dalam program bual bicara.

Astro AWANI turut melakar sejarah menganjurkan Debat Presiden UMNO secara langsung di saluran 501 dan www.astroawani.com.



Astro AWANI dianggotai kumpulan wartawan yang pernah memenangi anugerah kewartawanan dan akan terus membawa berita-berita terkini dengan perspektif tidak berat sebelah sama sekali am liputan tempatan, serantau, antarabangsa serta isu-isu semasa.