KUALA LUMPUR: Rakan kongsi urusan KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris menyifatkan arahan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada firma audit itu supaya melengkapkan dan menandatangani auditnya terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi 2013 dalam tempoh dua minggu, sebagai satu bentuk ugutan.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula ketua pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini.
Saksi pendakwaan ke-14 itu ditanya mengenai mesyuarat pada malam 15 Dis 2013 di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, di sini.
Pertemuan selama 45 minit itu adalah antara KPMG dengan Johan sebagai wakil tunggalnya, 1MDB dan Najib sendiri.
Sri Ram: Anda diminta mengesahkan bahawa minit mesyuarat tidak menunjukkan terdapat sebarang tekanan yang dikenakan oleh tertuduh, Najib, terhadap anda pada mesyuarat ini. Anda berada di sana, ada tekanan?
Johan: Saya katakan (sebagai) ugutan... ugutan kepada kami untuk membuat kesimpulan dan menandatangani penyata audit 31 Mac 2013.
Sri Ram: Daripada siapa? Johan menjawab, Najib.
Pada peringkat ini, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed membantah jawapan saksi itu kerana perkataan 'ugutan' tidak pernah ditimbulkan oleh saksi dalam mana-mana jawapannya.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah meminta pembelaan mengemukakan hujahan.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa KPMG masih belum menandatangani audit untuk penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013, kerana 1MDB masih belum memberikan maklumat yang diminta KPMG sejak April 2013.
Berdasarkan minit mesyuarat yang Johan sendiri menaipnya, beliau menyatakan bahawa Najib telah meminta KPMG menandatangani audit itu selewat-lewatnya pada 31 Dis 2013.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung. - BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar BERNAMA
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.
1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Najib berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.
'Semoga Titah Adendum dapat dilaksanakan segera' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan segera.
Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.