GEORGE TOWN: Kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana faktor api yang marak terlalu cepat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mayat mangsa, G. Sri Laavanya, 7, ditemukan terbaring di bahagian belakang katil di dalam bilik bapanya dalam keadaan rentung dipercayai cuba bersembunyi untuk menyelamatkan diri di situ.
"Kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah sewa di situ termasuk kediaman mangsa, kanak-kanak tersebut tinggal bersama bapa dan datuk serta neneknya manakala ibunya telah lama meninggal dunia.
"Semasa kejadian bapanya tiada di rumah dan hanya terdapat datuk serta neneknya, ketika kebakaran itu mereka berdua (nenek dan datuk) telah lari keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak sempat mencarinya kerana api sedang marak.
"Menurut mereka, selalunya kanak-kanak itu tidur di biliknya sendiri namun semalam mangsa tidur di bilik bapanya menyebabkan mereka gagal mencarinya untuk dibawa keluar bersama," katanya di sini.
Dalam kejadian itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.19 malam tadi.
Soffian berkata nenek mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di tangan kanan dan dia telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Katanya rumah yang dihuni mangsa bersama ahli keluarganya itu mempunyai tiga bilik dan mereka dipercayai menyewanya dengan harga RM100 sebulan.
''Dua lagi rumah turut disewa dengan tiga penghuni di setiap rumah, ketiga-tiganya terbakar dalam kebakaran tersebut dengan rumah mangsa paling teruk iaitu lebih 80 peratus. Api dikatakan berpunca daripada rumah yang dihuni keluarga mangsa,'' katanya.
Beliau berkata mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan anak tunggal itu selesai dibedah siasat di HPP kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum dituntut ahli keluarganya.
Menurut Soffian punca sebenar kebakaran tersebut masih disiasat pihak berkuasa.
Sementara itu, tinjauan di Jabatan Forensik HPP mendapati ramai ahli keluarga kanak-kanak tersebut sedang menunggu dan mereka enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa yang disifatkan anak yang baik dan manja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
![Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681105925_kebakaran.jpg)
Mayat mangsa ditemukan terbaring di bahagian belakang katil di dalam bilik bapanya dalam keadaan rentung dipercayai cuba bersembunyi untuk menyelamatkan diri. - Gambar/ JBPM
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Budak 5 tahun ditemukan rentung Budak 5 tahun ditemukan rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729992449_rentung.jpg)
Budak 5 tahun ditemukan rentung
Kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.
![Tiga termasuk kanak-kanak perempuan rentung Tiga termasuk kanak-kanak perempuan rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722473517_kebakaran.jpg)
Tiga termasuk kanak-kanak perempuan rentung
Mangsa berusia 11 tahun ditemukan di ruang tamu, mangsa kedua, lelaki 50-an (di dapur) dan seorang lagi lelaki 60-an (di bilik air).
![Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681105925_kebakaran.jpg)
Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap
Kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana faktor api yang marak.
![Rumah terbakar: Kanak-kanak rentung, lima ahli keluarga melecur Rumah terbakar: Kanak-kanak rentung, lima ahli keluarga melecur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660531655_melecur.jpg)
Rumah terbakar: Kanak-kanak rentung, lima ahli keluarga melecur
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6 tahun.
![Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Saratok Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Saratok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651334549_kebakaran.jpg)
Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Saratok
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini.
![Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran Lahad Datu Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650357117_rumahterbakars.jpg)
Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran Lahad Datu
Kebakaran Nur Alisha Putri Abdullah, 2, yang ditemukan rentung selepas dipercayai tidak dapat diselamatkan akibat api yang marak.
![Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran dua rumah di Lahad Datu Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran dua rumah di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649581993_Kanakkanaklelakir.jpg)
Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran dua rumah di Lahad Datu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Labian, Sungai Bilis, Lahad Datu, pada Ahad.
![Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran, ditemui di bilik air Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran, ditemui di bilik air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81572757049_budak.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran, ditemui di bilik air
Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melisau, Tanghilan dekat Kota Kinabalu ini.