MELAKA: Arkib Negara Malaysia (ANM) akan melaksanakan program 'Arkib Komuniti' iaitu sebahagian daripada usaha jabatan itu untuk 'Memasyarakatkan Arkib' bagi memperkasakan peranan masyarakat dalam memelihara khazanah warisan negara.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata menerusi program berkenaan, pihaknya akan berusaha mengumpulkan semua dokumen dan bahan berkaitan sejarah negara untuk disimpan di ANM.
"Itu hasrat baharu kita sebab banyak sejarah dan peristiwa di peringkat komuniti yang dari dulu sebelum merdeka, masa penjajahan British dan sebagainya masih tak dapat dikumpul dengan begitu banyak.
"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya (bahan) sejarah daripada tokoh-tokoh, individu dan komuniti untuk dibawa kepada Arkib (ANM) dan disimpan dan akan menjadi bahan rujukan pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 dan Pelancaran Buku KarTunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini hari ini.
Hadir sama Timbalannya Senator K Saraswathy serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.
Dalam pada itu, Aaron berkata ANM juga sentiasa berusaha membawa balik bahan-bahan berkaitan sejarah negara yang berada di luar negara agar boleh disimpan sebagai khazanah negara.
"Arkib sentiasa buat kunjungan ke luar negara, cuma mungkin yang jadi kekangan adalah bajet kita tapi setakat ini semuanya baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Aaron berkata, menerusi program berkenaan, Kementerian Perpaduan akan berusaha mengumpulkan semua dokumen dan bahan berkaitan sejarah negara untuk disimpan di ANM. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.

Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.

Konvensyen bahasa kolokial dilaksana tahun depan
Kementerian Perpaduan Negara menerusi ANM merancang melaksanakan konvensyen bahasa kolokial bagi mengumpulkan data berhubung bahasa berkenaan pada tahun hadapan.

Lawatan secara maya untuk mendalami sejarah negara dengan e-Negarawan - Aaron
Rakyat Malaysia kini boleh mendalami sejarah negara menerusi Eksplorasi Negarawan atau e-Negarawan tanpa perlu pergi ke Arkib Memorial.

Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia