ALOR SETAR: Menggunakan kaedah lawatan secara maya dengan klik menggunakan hujung jari, rakyat Malaysia kini boleh mendalami sejarah negara menerusi Eksplorasi Negarawan atau e-Negarawan tanpa perlu pergi ke Arkib Memorial.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata e-Negarawan itu adalah satu produk yang dibangunkan oleh Arkib Negara Malaysia dalam menyebar luas maklumat dan pemahaman mengenai tokoh-tokoh negarawan di Malaysia.
"Sebanyak 10 Arkib Memorial terlibat dalam projek ini dan kesemuanya menyimpan bahan-bahan arkib yang berkaitan dengan tokoh-tokoh negarawan daripada pelbagai kaum dan agama. e-Negarawan ini akan menjadi medan membina jati diri dan semangat patriotisme yang sangat sesuai untuk generasi muda.
Walaupun begitu, bukan bermaksud kita tidak menggalakkan orang ramai melawat secara fizikal, sebaliknya memberikan peluang dan kesempatan kepada semua masyarakat untuk menikmati lawatan secara interaktif dan berinformasi," katanya dalam ucapan pelancaran Galeri Maya e-Negarawan di sini malam Khamis.
Dalam pada itu, Aaron berkata pelancaran e-Negarawan ini juga menunjukkan betapa pentingnya untuk memelihara rekod dan bahan bersejarah negara.
"Pendigitalan ini akan menjadikan perkongsian maklumat dapat dilakukan dengan pantas dan meluas di serata dunia. Melalui kajian data, terdapat beberapa pengguna dari Indonesia, Singapura, China dan Amerika Syarikat telah mengakses galeri maya ini, namun jumlahnya masih kecil.
"Pengunjung tempatan dan antarabangsa boleh menyusuri galeri maya ini secara percuma melalui #klikdijari, imbasan kod respon pantas (QR Code), media sosial rasmi Arkib Negara Malaysia atau laman sesawang di www.arkib.gov.my," katanya.
Beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyokong usaha jabatan dan agensi seperti Arkib Negara Malaysia bagi memastikan matlamat dalam membentuk perpaduan dan meningkatkan rasa cinta terhadap negara terus konsisten.
"Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Arkib Negara Malaysia kerana berjaya melaksanakan e-Negarawan ini sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat khususnya generasi muda supaya lebih mengenali sejarah dan budaya bangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Aaron berkata pelancaran e-Negarawan ini juga menunjukkan betapa pentingnya untuk memelihara rekod dan bahan bersejarah negara. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.

Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.

Konvensyen bahasa kolokial dilaksana tahun depan
Kementerian Perpaduan Negara menerusi ANM merancang melaksanakan konvensyen bahasa kolokial bagi mengumpulkan data berhubung bahasa berkenaan pada tahun hadapan.

Lawatan secara maya untuk mendalami sejarah negara dengan e-Negarawan - Aaron
Rakyat Malaysia kini boleh mendalami sejarah negara menerusi Eksplorasi Negarawan atau e-Negarawan tanpa perlu pergi ke Arkib Memorial.

Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia