Kejadian sekitar pukul 2.15 petang Selasa lalu itu menyebabkan anggota berusia 27 tahun berkenaan cedera di tepi telinga kiri.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, berdasarkan siasatan, kejadian berlaku apabila seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor dipercayai telah terlepas tembakan dan terkena mangsa.
"Selepas kejadian tersebut, beberapa jurulatih termasuk pasukan perubatan telah memberi rawatan awal kepada mangsa bagi menghentikan pendarahan.
"Mangsa yang mengalami luka di tepi telinga kiri telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Setakat ini mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan menerima rawatan pesakit luar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azizi berkata, latihan menembak yang disertai pegawai dan anggota polis itu, melibatkan teori pengendalian senjata api dan latihan tembak statik hadapan jarak tujuh meter.
Menurutnya, kertas siasatan kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.