ALOR SETAR: Rakyat khususnya golongan muda boleh menyemak dengan mudah menerusi Internet untuk mengesahkan pihak mana yang tidak bercakap benar mengenai sesuatu perkara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata ini termasuk mengenai isu pelaburan dari Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) di Kulim supaya mereka tidak tertipu dengan propaganda yang disebarkan oleh pihak tertentu yang mahu mengambil kredit daripada pelaburan tambahan berjumlah RM25 bilion itu.
Beliau berkata terdapat pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah yang sanggup mengelirukan pengundi semata-mata untuk menang.
"Saya boleh kempen, saya boleh bercakap, tapi kalau diketahui Perdana Menteri itu telah mengelirukan rakyat, integriti jawatan itu telah rosak. Jadi walaupun saya kempen, saya nak Pakatan Harapan (PH) menang, saya nak Barisan Nasional (BN) menang, saya tak sanggup langgar peraturan itu.
(Tapi) Depa (pihak berkenaan) tak peduli...ini masalahnya. Sekarang anak muda boleh semak, Infineon bila keputusannya? Sebab Infineon hubungi kita secara terus, jadi saya tahu kebenarannya. Ada dia minta maaf? Dia maki lagu gitu jugalah," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Gagasan Generasi Muda Kedah MADANI di sini, malam ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini mendakwa pelaburan Infineon itu bukan hasil daripada usaha yang digerakkan oleh kerajaan pusat memandangkan syarikat itu telah lama beroperasi di Kulim.
Dalam ucapannya, Anwar turut mengulangi gesaannya supaya pengundi di Kedah memilih calon-calon daripada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan sebagai wakil rakyat mereka.
"Kita mahu kerajaan yang boleh kerjasama dengan kerajaan pusat supaya kita boleh angkat martabat rakyat negeri Kedah. Ini bukan pasal dendam, bukan pasal sakit hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Anwar berkata terdapat pihak yang bertanding pada PRN di Kedah yang sanggup mengelirukan pengundi semata-mata untuk menang. - Gambar fail/Bernama
Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.
Hibrid pemecah ombak, tukun sebagai alternatif kawal hakisan pantai Terengganu - Pakar
Langkah itu solusi alternatif yang boleh dipertimbangkan kerajaan selain memfokus kepada penyelesaian tunggal pemecah ombak semata-mata.
Jerman tambah bantuan kemanusiaan us$51 juta untuk Syria
Jerman akan menyediakan tambahan €50 juta (US$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria.
Menurut Menteri Luarnya Annalena Baerbock, dana akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan.
Menurut Menteri Luarnya Annalena Baerbock, dana akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan.
Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.
Kebakaran L.A : 14 maut, korban dijangka meningkat
Anggota bomba menghadapi cabaran besar dalam usaha mereka untuk mengawal kebakaran besar yang telah memusnahkan kawasan kejiranan Pacific Palisades di Los Angeles.
Pasca perang Syria: menteri luar eropah bincang mansuh sekatan Syria
Menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat pada akhir Januari untuk membincangkan kemungkinan pemansuhan sekatan terhadap Syria.
Kekejaman Zionis: Israel guna hasil cukai Palestin bayar hutang elektrik PA
Israel merancang menggunakan hasil cukai yang dikutip bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk membayar hutang hampir 2 bilion shekel (544 juta dolar amerika) PA kepada syarikat elektrik milik kerajaan Israel, Israel Electric Co (IEC).
Israel harap rundingan bebaskan tahanan berhasil segera
Presiden Israel, Isaac Herzog, menyatakan harapan agar rundingan untuk membebaskan tahanan di Gaza dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Menerusi hantaran di X, Herzog menyifatkan situasi itu sebagai tempoh yang kritikal bagi Israel.
Menerusi hantaran di X, Herzog menyifatkan situasi itu sebagai tempoh yang kritikal bagi Israel.
Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat setakat 6 pagi Isnin.
Kekejaman zionis: Biden gesa gencatan senjata kepada Netanyahu - White House
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad, menurut kenyataan White House.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.