"Anak saya begitu teruja apabila menerima tangan robotik bagi kegunaannya dalam menjalani kehidupan harian," kata Amirul Faiz Noor, 32, bapa kepada penerima tangan 3D, Amirul Nur Rayyan, 6.
Amirul Faiz berkata anak lelaki beliau sentiasa ternanti-nanti untuk mendapatkan tangan 3D berkenaan setelah perekanya Sujana Mohd Rejab bersetuju untuk membuat tangan robotik itu pada Mac lalu.
"Anak saya mengalami kecacatan pada tapak tangan kiri sejak dilahirkan dan dia sangat gembira kerana mendapat tangan yang boleh membantunya menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) di sini pada Selasa.
Amirul Faiz berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang itu berkata anak lelaki beliau sepatutnya menjalani satu pembedahan pada umur beliau menjangkau sembilan tahun atas cadangan Hospital Pulau Pinang.
"Kos untuk pembedahan itu membabitkan antara RM40,000 hingga RM50,000, tetapi saya tidak mampu menyediakan wang untuk tujuan itu sehingga saya mendapat maklumat yang Sujana boleh membantu membuat prototaip tangan 3D menggunakan bahan plastik dan bateri untuk menggerakkan tangan itu," katanya.
Amirul Nur Rayyan merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.
Sementara itu, Sujana berkata Amirul Nur Rayyan merupakan penerima tangan 3D yang ketiga setakat ini.
"Saya akan membuat lima lagi tangan 3D untuk diberikan kepada penerima pada bulan depan dengan bantuan tiga pelajar kolej yang sedang menjalani latihan bersamanya.
"Setiap sebuah tangan 3D berkenaan berharga RM2,500 hingga RM3,000 dan boleh disiapkan dalam tempoh seminggu jika proses membuatnya tidak mempunyai pelbagai masalah.
"Tangan 3D tersebut adalah antara 20 tangan 3D yang dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Taiping. Kesemua projek itu dijangka selesai pada Oktober tahun ini," katanya.
Pengarah Kolej Komuniti Taiping Haslinda Abdul Hamid berkata projek tangan 3D yang diadakan sejak Disember tahun lepas itu merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Bagaimanapun, beliau berkata projek pembuatan tangan 3D berkenaan bermula pada Mac lepas selepas mengadakan kolaborasi bersama Sujana.
"Kolej ini mempunyai kemudahan tenaga pengajar dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang teknologi pembuatan," katanya.
Bernama
Wed May 25 2016
![Anak gembira terima tangan 3D jalani kehidupan harian - Bapa Anak gembira terima tangan 3D jalani kehidupan harian - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464139060_TanganRobot.jpg)
Pereka Sujana Mohd Rejab menunjukkan tangan robotik yang dihasilkan di Kolej Komuniti Taiping di Kamunting. Tangan robotik 3D ini adalah salah satu daripada 20 produk oleh Sujana bagi membantu orang kurang upaya. - FotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Anak gembira terima tangan 3D jalani kehidupan harian - Bapa Anak gembira terima tangan 3D jalani kehidupan harian - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464139060_TanganRobot.jpg)
Anak gembira terima tangan 3D jalani kehidupan harian - Bapa
Amirul Nur Rayyan sentiasa ternanti-nanti untuk mendapatkan tangan 3D berkenaan setelah perekanya Sujana Mohd Rejab bersetuju untuk membuatnya.