Orang ramai yang tinggal di kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila atau Rabies dan kawasan penampan diminta mengambil langkah pencegahan bagi mengelak terkena jangkitan wabak itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu penting bagi memastikan negara ini kekal bebas daripada kes berkaitan.
"Antara langkah-langkah yang disyorkan ialah dapatkan rawatan segera jika digigit anjing peliharaan atau anjing liar, dan terus melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya mengesan kewujudan anjing liar di kawasan kediaman.
"Selain itu, orang awam diminta sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga 17 September 2015, tiga negeri telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Namun, katanya, walaupun tiga negeri itu telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan, sehingga hari ini, tiada pesakit/manusia yang positif dijangkiti wabak Rabies.
"Sehingga 17 September 2015, terdapat 39 kejadian gigitan anjing pada manusia (25 di Perlis, sembilan di Kedah dan lima di Pulau Pinang yang melibatkan 39 ekor anjing di mana 10 telah disahkan positif Rabies.
"Kesemua mereka yang digigit telahpun mendapatkan rawatan berserta dengan vaksin anti-Rabies di hospital, berkeadaan stabil dan tiada gejala penyakit Rabies. Mereka ini akan terus dipantau dalam satu tempoh tertentu bergantung kepada status kesihatannya," katanya.
Menerangkan lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus yang boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan oleh anjing yang dijangkiti Rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.
"Tempoh inkubasi Rabies pada manusia adalah dalam tempoh 2-12 minggu tetapi terdapat laporan menyatakan boleh sehingga enam tahun," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma.
"Penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian 100 peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera," katanya.
Bernama
Sat Sep 19 2015
Sehingga 17 September 2015, tiga negeri telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. - Gambar Fail
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.