Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan pemilik anjing yang menggigit tangan kanan bayi perempuan berusia tujuh hari sehingga putus di Bachang di sini Selasa lalu, tidak mempunyai lesen peliharaan haiwan itu.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, anjing jenis ‘Plott Hound’ itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu bagi memastikan tiada gejala penyakit anjing gila (rabies).
“Susulan laporan diterima berkaitan kejadian Selasa lalu, sepasukan anggota MBMB bersama pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri telah pergi ke lokasi kejadian di Taman Widuri, Bachang.
“Siasatan kemudian mendapati pemilik lelaki berusia 41 tahun itu tidak mempunyai rekod pemilikan lesen anjing baka Jerman yang jarang dipelihara dan tidak boleh dilesenkan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Niat jemur bayi elak 'demam kuning', sudahnya tangan putus digigit anjing
Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2, 000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Aidi Mohamad berkata, kuarantin haiwan dibuat selama 14 hari dan jika ada tanda-tanda virus rabies, anjing akan dilupuskan.
“Tangkapan anjing jantan yang telah menggigit bayi berkenaan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953 untuk pemerhatian penyakit anjing gila (Rabies).
"Jika tiada tanda penyakit, anjing akan diserahkan semula kepada MBMB selepas tempoh kuarantin untuk tindakan selanjutnya,”katanya.
Terdahulu, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu, seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.
Insiden berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan Ruang tamu berdekatan dengan jeriji pintu utama rumah terbabit, sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.
Siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Sep 11 2020
Selasa lalu, sepasukan anggota MBMB bersama pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri telah pergi ke lokasi kejadian di Taman Widuri, Bachang. - Foto Astro AWANI
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.