KUCHING: Dua lagi kawasan baharu wabak rabies diisytiharkan di Sarawak menjadikan keseluruhannya 69 kawasan wabak penyakit itu di negeri ini sejak Julai 2017.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisytiharkan kawasan baharu itu adalah Pedaan di daerah Telang Usan, Miri dan Pekan Tatau, Bintulu.
"Pengisytiharan ini adalah berikutan kes positif ujian makmal ke atas dua anjing liar yang ditangkap semasa survelan aktif di kawasan berkenaan (yang) berada di luar 10 km radius kawasan yang telah diisytiharkan (sebelum ini)," menurut kenyataan itu.
Berikutan pengisytiharan itu, jumlah kawasan wabak rabies mengikut bahagian di Sarawak setakat ini sejak Julai 2017 adalah 22 di Serian, masing-masing tujuh di Kuching dan Miri, Sri Aman dan Mukah (enam), Sarikei dan Bintulu (lima), Samarahan (empat), Betong (tiga), Sibu (dua) dan Kapit dan Limbang (satu).
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun dan diwajibkan melaporkan segera kepada JPVS jika haiwan berkenaan menunjukkan tanda-tanda dijangkiti rabies dengan menghubungi talian 082-628248 /082-610023 atau 016-2557267.
Tanda-tanda penyakit rabies pada haiwan adalah seperti perubahan sikap, agresif, menggigit dan mulut berbuih, sensitif terhadap sentuhan, air, cahaya dan suara, hilang selera makan atau minum, lesu, lumpuh dan akhirnya mati.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
![Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593164434_RABIESDIKUCHING.jpg)
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun. - Gambar hiasan
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
![Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695811032_anjing.jpg)
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
![16 maut akibat rabies di Sarawak 16 maut akibat rabies di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702524641_TBRabiesjpg.jpg)
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.
![Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698309770_vaksinrabies.jpg)
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
![Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695811032_anjing.jpg)
Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650813758_anjing.jpg)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
![15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca 15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695195755_RABIESDIKUCHING.jpg)
15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.
![10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini 10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692955275_anjingliar.jpg)
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
![Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650813758_anjing.jpg)
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
![Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus - Pengarah Kesihatan Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus - Pengarah Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/41500385294_anjingliarrabies.jpg)
Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus - Pengarah Kesihatan
Jumlah kes dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 87.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu tujuh kes dilaporkan.
![ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618326189_babi.jpg)
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.