KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies daripada menular dan muncul semula di dalam negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) DVS Dr Suratan Kamarudin berkata antara pendekatan diambil ialah membentuk kawasan penampan di bahagian utara Semenanjung melibatkan negeri-negeri bersempadan dengan negara berisiko tinggi untuk terkena jangkitan penyakit itu.
"Ini bagi memastikan segala bentuk tindakan kawalan oleh pihak berkuasa dapat dijalankan dengan berkesan di kawasan terbabit, selain menjalankan kawalan populasi anjing terbiar secara efektif.
"Setiap anjing bertuan diwajibkan mendapatkan suntikan imunisasi penyakit rabies, melesenkan anjing, memelihara anjing di dalam kawasan rumah dan diikat jika dibawa keluar berjalan-jalan," katanya dalam Program Apa Khabar Malaysia bertajuk Sambutan Hari Rabies Sedunia Tahun 2023 terbitan Bernama TV baru-baru ini.
Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, pihak DVS telah memvaksin 7,430 anjing bertuan termasuk 6,230 ekor di kawasan penampan di Semenanjung dan Sabah sebagai usaha meningkatkan liputan imuniti anjing sebanyak 70 peratus bagi memastikan jangkitan rabies dapat dihindari dalam populasi haiwan itu.
"Bagi memastikan setiap anjing ini mendapat imuniti yang mencukupi, daya jejak melalui pelesenan anjing turut dijalankan. Kempen kesedaran juga giat dilaksanakan kepada orang awam dan kanak-kanak sekolah berkaitan penyakit rabies," katanya.
Dr Suratan berkata liputan perlindungan pelalian vaksin ke atas anjing bertuan di negara ini telah mencapai 70 peratus daripada populasi, sekali gus dapat menghidari penyakit rabies daripada merebak dalam kalangan haiwan itu dan mencegah ia menjangkiti manusia.
"Malaysia belum bebas daripada penyakit berkenaan dan setakat ini Sarawak sahaja yang sedang menghadapi penyakit tersebut. Statistik di negeri itu bagi tempoh Julai 2017 hingga Ogos 2023 merekodkan seramai 72 orang dijangkiti rabies dengan jumlah kematian 65 orang.
"Diharapkan orang ramai dapat terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan menjadi pemilik haiwan bertanggungjawab dan memastikan anjing peliharaan mereka divaksin terhadap rabies," katanya.
Mengenai sambutan Hari Rabies Sedunia 2023, Dr Suratan mengajak orang ramai datang memeriahkan sambutan itu yang akan diadakan di Hospital Veterinar Kuala Lumpur (HVKL) bermula 8 pagi hingga 6 petang pada 1 Okt ini, dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.
Antaranya pertandingan fotografi dalam talian, pertandingan mewarna, pertunjukan demonstrasi anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, demonstrasi video pertolongan cemas oleh Kementerian Kesihatan serta gerai jualan makanan seperti Fatihah Frozen, Abang Grab Kopitiam dan Puspanita.
Seiring dengan tema sambutan iaitu "Semua untuk 1, Satu Kesihatan untuk semua", beliau berkata penglibatan semua pihak melibatkan agensi lain, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat awam adalah antara penekanan yang perlu dilaksanakan dalam pencegahan, kawalan dan pembasmian rabies.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, pihak DVS telah memvaksin 7,430 anjing bertuan.- Gambar hiasan

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.

Penganiayaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.

Malaysia diminta tangguh sementara eksport produk sarang burung walet ke China
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.

DVS bangunkan aplikasi MyFeed tingkatkan pengeluaran daging, susu
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyFeed bagi mengira dan merancang 'ration' atau catuan makanan harian yang lengkap untuk haiwan ternakan.

Mewarna anak ayam tidak dikategori sebagai penganiayaan haiwan - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Mahkamah tetap 19 Ogos dengar kes dera anjing ‘Husky’
Kertas siasatan berhubung kes dera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang sudah pun lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.

15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.

Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.