Bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu, sehingga pukul 6 petang Isnin, polis masih belum menghubungi beliau berhubung penyertaannya dalam perhimpunan berhampiran pusat beli-belah Sogo di ibu negara, lewat petang semalam.
Bagaimanapun, kata Ambiga, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada polis sekiranya dipanggil untuk merekodkan keterangan.
"Ini adalah satu perkara yang biasa dan saya sudah biasa dengan perkara ini. Memang apabila polis panggil, saya akan terus ke balai. I have always done that.
"Tapi malangnya, kerajaan baharu bermula dengan tindakan seperti ini. Biarlah rakyat bersuara dengan perkara seperti ini. Walaupun saya difahamkan IGP (Ketua Polis Negara) sedang menjalankan tugas, namun demikian saya menyeru (beliau) supaya memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara tentang sesuatu perkara yang penting (seperti) ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa polis sedang menyenarai pendek individu yang menyertai perhimpunan itu.
Difahamkan himpunan bermula kira-kira pukul 6 petang itu adalah bagi membantah pimpinan baharu kerajaan dengan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 selain beberapa tokoh politik lain yang didakwa sebagai pengkhianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Turut kelihatan pada perhimpunan itu ialah aktivis sosial, Datin Paduka Marina Tun Mahathir.
Keadaan dikatakan sedikit tegang apabila terdapat beberapa individu yang berang dan mengeluarkan kata-kata makian.
Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis.
Sebelum itu, tindakan kumpulan itu untuk berarak ditegah oleh pihak polis melalui perbincangan yang diadakan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Fahmi Visuvanathan Abdullah yang mengambil kira mengganggu ketenteraman awam.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 02 2020
![Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582841679_Ambiga.jpg)
Menurut Ambiga, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada polis sekiranya dipanggil untuk merekodkan keterangan. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71567231818_TBLOGOPAKATANjpg.jpg)
PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial
Pakatan Harapan membantah pihak berkuasa susulan siasatan terhadap aktivis social, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Screenevasan serta Fadiah Nadwa Fikri berkaitan perhimpunan pro-demokrasi
![Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582841679_Ambiga.jpg)
Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis
Ambiga berkata, polis masih belum menghubungi beliau berhubung penyertaannya dalam perhimpunan berhampiran pusat beli-belah semalam.
![Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/51535675472_TBAMBIGA.jpg)
Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.
![Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437722386_DATOSAMBIGA.jpg)
Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ambiga tidak boleh bersikap seperti 'membaling batu sembunyi tangan' dalam perkara berkenaan.
![Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN - Kayveas Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN - Kayveas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449234425_MKayveas.jpg)
Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN - Kayveas
Tan Sri M. Kayveas menyifatkan Datuk S. Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.
![Saya tidak pernah terfikir Tun Mahathir akan disiasat - Ambiga Saya tidak pernah terfikir Tun Mahathir akan disiasat - Ambiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443245863_TunMahathirMohamad.jpg)
"Saya tidak pernah terfikir Tun Mahathir akan disiasat" - Ambiga
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak pernah menyangka Dr Mahathir akan disiasat polis.
!['Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik 'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/61423760312_295x200.jpg)
'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik
Dengan pemergian Nik Abdul Aziz, Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kata ahli-ahli politik.
![Mahkamah Tinggi gugur dakwaan kerajaan Malaysia terhadap Bersih 2.0 Mahkamah Tinggi gugur dakwaan kerajaan Malaysia terhadap Bersih 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/51422591733_295x200.jpg)
Mahkamah Tinggi gugur dakwaan kerajaan Malaysia terhadap Bersih 2.0
Mahkamah Tinggi hari ini mengugurkan saman Kerajaan Persekutuan tehadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kerana menyebabkan kerosakan perhimpunan 2012 di Kuala Lumpur.
![GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/71388822181_120x90.jpg)
GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media
Lebih 100 penunjuk perasaan dengan kebanyakkannya pengamal media, aktivis dan penyokong hadir pada perhimpunan yang dinamakan Bantahan Pensel Merah.