Bantahan oleh bekas pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga terhadap Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis adalah tidak relevan, kata Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.
Beliau menyifatkan Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.
"Rang undang undang MKN ini adalah yang dibahaskan dan diluluskan di peringkat Parlimen...jadi tidak ada siapa yang berkuasa termasuk dia (Ambiga) untuk mengkritik rang undang-undang itu.
"Dulu dia berjuang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi sekarang pula berjuang perkara lain," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi MyPPP di sini, Jumaat.
Kayveas mengulas laporan mengenai tindakan Ambiga menyerahkan satu memorandum bantahan kepada wakil kerajaan sejurus sebelum Rang Undang-Undang MKN dibacakan di Dewan Rakyat kelmarin.
Memorandum melalui Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Hakam) itu mendesak supaya rang undang-undang MKN ditarik balik serta-merta kerana didakwa peruntukannya bertentangan dengan prinsip demokrasi dan memberi kesan buruk kepada rakyat.
Undang-undang MKN dibahaskan di Dewan Rakyat pada Khamis dan diluluskan setelah 107 anggota dewan menyokong manakala 74 menolak.
Pelaksanaan undang-undang tersebut bertujuan memperkukuhkan lagi mekanisme serta sistem operasi dalam menangani ancaman terhadap keselamatan negara.
Bernama
Sat Dec 05 2015
Kayveas ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi MyPPP di Wisma MyPPP pada Jumaat. - fotoBERNAMA
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial
Pakatan Harapan membantah pihak berkuasa susulan siasatan terhadap aktivis social, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Screenevasan serta Fadiah Nadwa Fikri berkaitan perhimpunan pro-demokrasi
Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis
Ambiga berkata, polis masih belum menghubungi beliau berhubung penyertaannya dalam perhimpunan berhampiran pusat beli-belah semalam.
Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.
Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ambiga tidak boleh bersikap seperti 'membaling batu sembunyi tangan' dalam perkara berkenaan.
Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN - Kayveas
Tan Sri M. Kayveas menyifatkan Datuk S. Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.
"Saya tidak pernah terfikir Tun Mahathir akan disiasat" - Ambiga
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak pernah menyangka Dr Mahathir akan disiasat polis.
'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik
Dengan pemergian Nik Abdul Aziz, Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kata ahli-ahli politik.
Mahkamah Tinggi gugur dakwaan kerajaan Malaysia terhadap Bersih 2.0
Mahkamah Tinggi hari ini mengugurkan saman Kerajaan Persekutuan tehadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kerana menyebabkan kerosakan perhimpunan 2012 di Kuala Lumpur.
GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media
Lebih 100 penunjuk perasaan dengan kebanyakkannya pengamal media, aktivis dan penyokong hadir pada perhimpunan yang dinamakan Bantahan Pensel Merah.