KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan susulan pertambahan kenderaan di jalan raya berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan kenderaan bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah timur (Kuantan) sebelum memasuki Plaza Tol Gombak dan dari Lentang ke Plaza Tol Bentong.
Aliran trafik turut dilaporkan perlahan arah barat dari Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak dan ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), selain perlahan arah selatan dari Plaza Tol Sungai Besi ke Bangi, Seremban ke Senawang, Senawang ke Pedas Linggi dan dari Kempas ke Pasir Gudang.
Sementara itu, di arah utara, kenderaan bergerak perlahan dari Pasir Gudang ke Dato' Onn, Senai ke Kulai, Pedas Linggi ke Port Dickson dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke ibu kota.
"Peningkatan kenderaan di atas jalan raya sejak petang tadi dijangka terus berlarutan menjelang tengah malam," kata jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama.
Semalam, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan 1.9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula hari ini hingga 26 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya PLUS sempena Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula hari ini hingga 26 Okt ini. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.

Aliran trafik sesak, perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang ini sesak dan perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini agak perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.

Aliran trafik di lebuh raya utama perlahan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan susulan pertambahan kenderaan di jalan raya berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali.

Rancang pergi bercuti lama? Lakukan ini untuk elak bateri anda rosak
Sebagai pemilik kereta anda sangat digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan.

Pelajar tidak perlu hadir sekolah lebih sebulan, PdPR 2 minggu selepas cuti Aidilfitri - Radzi Jidin
Sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

BTS umum 'cuti panjang', mohon tidak diganggu peminat
Sejak muncul kali pertama enam tahun lalu, inilah kali pertama kumpulan dianggotai tujuh jejaka Korea Selatan itu mengumumkan berehat seketika daripada arena muzik.