SEKARANG memang ramai ambil kesempatan menghabiskan sisa baki cuti tahunan untuk pergi melancong.
MASKULIN yakin anda juga mungkin sudah merancang untuk bercuti dalam tempoh yang agak lama.
Apabila pergi bercuti maka kita pun harus meninggalkan kereta di rumah atau pun di tempat meletak kenderaan.
Ada satu perkara yang harus anda lakukan apabila ingin tinggalkan kereta dalam jangka masa yang lama.
Kalau terlupa nak buat perkara ini ia mungkin akan menyusahkan serta menelan belanja untuk anda baikinya jika berlaku kerosakan.
Perkara yang MASKULIN maksudkan ialah menanggalkan sambungan bateri pada kereta.
Sebagai pemilik kereta anda sangat digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan.
Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan cas bateri hilang.
Apabila ini berlaku ia sekali gus melemahkannya dan menyebabkan kereta nanti sukar untuk dihidupkan.
Malah ada juga kemungkinan bateri akan terus ‘kong’ atau rosak.
Bagi menanggalkannya anda memerlukan sepana. Ia untuk melonggarkan nat pada bahagian terminal bateri dan mencabut terus sambungan ke bateri.
Namun ada beberapa perkara perlu anda berikan perhatian untuk meninggalkan kereta dengan bateri yang ditanggalkan seperti ini.
Pertama sekali anda perlu pastikan kedudukan bateri dalam posisi selamat dan pastikan sambungannya tidak menyentuh lantai atau sebarang sambungan positif.
Untuk lebih selamat anda juga boleh membalutnya pada bahagian hujung sambungan agar ia tidak menyentuh mana-mana bahagian lain ketika anda tiada di rumah.
Jika hujung kabel menyentuh terminal negatif ia boleh menyebabkan berlakunya percikan api dan sekali gus boleh menjadi punca kebakaran.
Selain itu, satu perkara yang perlu anda tahu bila menanggalkan sambungan bateri ialah ia akan ‘reset’ semua sistem elektronik dan setting-nya dalam kereta.
Jadi bersedialah untuk set semula jam, tetapan radio dan juga sistem berkaitan.
Perlu ingat untuk menanggalkan sambungan bateri anda hanya perlu membuka kabel pada sambungan port negatif.
Dan jangan sesekali biarkan kabel negatif dan positif bersentuhan dalam apa jua keadaan sekali pun.
Jika kabel tersebut bersentuhan ia akan jadi punca kerosakan lain pula seperti alternator terbakar, kerosakan kabel dan lebih teruk mencederakan anda.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan banyak manfaat untuk anda!
Sumber: Autoguide.com
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Thu Dec 09 2021

Sebagai pemilik kereta anda sangat digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan. -Maskulin

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bapa, anak maut dipercayai terkena renjatan elektrik
Dua beranak keturunan Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap ikan menggunakan peralatan diperbuat daripada bateri kereta.

Rancang pergi bercuti lama? Lakukan ini untuk elak bateri anda rosak
Sebagai pemilik kereta anda sangat digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan.

Dah tukar bateri kereta baharu? Ini tip penjagaan agar tahan lebih lama
Sebagai pemilik kenderaan anda harus sentiasa menjaga dan servis bateri kereta setiap masa.