KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, berkata ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.
Dalam satu entri di laman Facebooknya, beliau berkata, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan.
"Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 dan 10 Mei, manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei.
"Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei," katanya.
Dalam satu gambar yang dikongsikan di akaun Facebook itu, ia turut menunjukkan cuti penggal akan bermula pada 28 Mei hingga 12 Jun bagi Kumpulan A dan Kumpulan B (29 Mei hingga 13 Jun).
Ini bermakna, pelajar tidak akan masuk ke kelas bermula pada cuti Aidilfitri dan berlanjutan sehingga tamat cuti penggal iaitu pada 12 Jun bagi Kumpulan A dan Kumpulan B (13 Jun)
Astro Awani
Mon Apr 26 2021
KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan. - Sumber Facebook DrRadziJidin
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Kerajaan digesa jelaskan ralat angka hasil Belanjawan 2024 - Radzi
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, ralat berkenaan membabitkan satu angka yang besar.
'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.
PRN: Manifesto PN di peringkat akhir - Radzi
Manifetso yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kini berada di peringkat akhir untuk disia
Isu beban tugas guru: KPM sedang tingkatkan kecekapan sistem
Kementerian Pendidikan sedang meningkatkan kecekapan sistemnya dalam usaha memastikan masa guru dapat digunakan sebaiknya untuk mendidik pelajar.
'Raikan pengorbanan guru kita'
Program yang berlangsung di UMK Kampus Bachok itu akan dirasmikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dengan membawa tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera'.
SMK Bandar Saujana Putra bakal beroperasi Mac ini
Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Murid sekolah dibenarkan buat ujian kendiri di rumah - Radzi Jidin
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini.
KPM kaji segala sudut hapuskan buli di sekolah - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji segala sudut dalam menangani isu buli di sekolah.
Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.
COVID-19: Sesi persekolahan diteruskan - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) komited meneruskan sesi persekolahan kerana prosedur operasi standard (SOP) di sekolah diyakini dapat mengawal penularan COVID-19.