SHAH ALAM: Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra Kuala Langat yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu kini telah siap sepenuhnya.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran video di Facebook pada Jumaat.
"Alhamdulillah, awal minggu ini saya dimaklumkan pembinaan sekolah telah siap sepenuhnya.
"Hari ini, kami sekali lagi turun untuk melihat persediaan terakhir sebelum sekolah dibuka dan mula beroperasi bagi penggal baharu persekolahan pada bulan Mac nanti.
"Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.
Mengimbas semula, beliau berkata usaha memastikan projek sekolah tersebut dapat disempurnakan dilakukan susulan lawatan ke situ kira-kira setahun lalu.
"Mengetahui kesukaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah, kami dapat merasakan betapa mereka tertunggu-tunggu bilakah SMK Bandar Saujana Putra ini boleh mula beroperasi.
"Memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid, saya telah meminta supaya projek ini dipulih dan disiapkan segera serta dipantau dari semasa ke semasa," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra Kuala Langat yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu kini telah siap sepenuhnya. -Foto FB Dr Radzi Jidin

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

SMK Bandar Saujana Putra bakal beroperasi Mac ini
Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat.