KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, kelonggaran itu diberikan selepas perbincangan dibuat antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan kementerian tersebut.
Jelas beliau, ibu bapa dan penjaga perlu memaklumkan keputusan ujian kepada pihak sekolah.
"Kit ujian akan disediakan oleh pihak sekolah, pendekatan baharu ini akan mula dilaksanakan pada minggu ini dan KPM akan mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan perkara ini.
"Saya ingin tegaskan di sini bahawa adalah amat penting ibu bapa kepada anak-anak yang terpilih untuk melaksanakan ujian ini di rumah dapat melaksanakan ujian ini berdasarkan tatacara yang telah ditetapkan dalam kenyataan media KPM nanti.
"Ini bagi memastikan sesi persekolahan dapat berlangsung dengan teratur dan selamat. Jika ianya tidak dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan, yang akan terkesan bukan sahaja anak saudara-saudari, tetapi kawan-kawan mereka serta guru-guru mereka di sekolah," katanya dalam rakaman video, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Radzi berharap ibu bapa boleh memainkan peranan penting terhadap pendekatan baharu itu bagi membolehkan ujian kendiri itu dapat dilaksanakan dengan teratur.
Ia sekali gus memastikan keselamatan semua pihak sepanjang sesi persekolahan berlangsung, tambahnya.
"Kita ingin pastikan sesi persekolahan ini dapat terus berlangsung dengan selamat dan saya yakin dengan kerjasama ibu bapa, kita dapat memastikan anak-anak kita hadir ke sekolah secara teratur dan selamat.
Pada 1 Disember lalu, KKM dalam strategi ujian COVID-19, menetapkan 10 peratus pelajar sekolah harian yang dipilih secara rawak perlu menjalani ujian RTK-Antigen dilaksanakan di sekolah.
Astro Awani
Tue Jan 11 2022

Mohd Radzi berkata, keputusan ujian tersebut perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.

Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.

MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.

Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.

KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak
KKM memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih kemudahan di klinik kesihatan, kuarters di Sarawak.

Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM
Cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berhubung kadar elaun tugas 'on call' petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri.
![[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit [EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626261537_BajetMedic.jpg)
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.

Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna
Data responden bagi proses bancian menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) akan dipelihara dan dijamin selamat.