KUALA LUMPUR: Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim Zionis Israel selain menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.
Tinjauan Bernama di ibu negara mendapati, selain sambutan tidak rasmi anjuran pihak swasta dan syarikat korporat di beberapa tempat seperti The Exchange TRX dan Menara Kuala Lumpur, ketibaan tahun baharu turut diisi dengan program kerohanian yang diadakan di beberapa institusi keagamaan.
Di Masjid Negara, hampir 200 jemaah menyertai program bacaan Yasin dan majlis zikir serta doa selamat dengan jemaah dilihat mula hadir sejak 6.30 petang.
Acara sama turut berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya dengan masyarakat Islam menghadiri Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 anjuran Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
Selain itu, Gereja Katolik St Anthony Kuala Lumpur turut tidak ketinggalan mengadakan aktiviti kerohanian bagi penganutnya yang hadir sejak 7 malam.
Di TERENGGANU, ribuan pengunjung menyertai sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 bertemakan 'Indahnya Hidup Bersyariat' di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, yang diisi pelbagai program kerohanian seperti solat maghrib, isyak serta solat sunat hajat yang diimamkan Dr Sheikh Mohamad Abdel Hamid Kolib dan Sheikh Bilal Al-Hossayny.
Di PULAU PINANG, kebanyakan masjid di sekitar negeri antaranya Masjid Almustaghfirin di Sungai Tiram turut mengadakan solat hajat, doa dan selawat sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 bagi mendoakan kesejahteraan semua dengan dihadiri kira-kira 500 orang.
Di JOHOR, sambutan tahun baharu diisi dengan Program Batu Pahat Berselawat yang diadakan di Masjid Seri Sulong, Taman Seri Sulong, Batu Pahat dan dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.
Di PAHANG, walaupun tiada sambutan rasmi ambang tahun baharu diadakan, terdapat pelbagai acara dianjurkan pihak persendirian seperti pengurusan Masjid Tepian Putra yang mengadakan program Mega Selawat dan bacaan Yassin serta Tahlil, selain jualan gerai dan trak makanan.
Di SELANGOR, zikir dan selawat bergema dialunkan oleh kira-kira 10,000 hadirin yang menyertai Program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Tapak Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam malam tadi.
Program itu turut diserikan dengan nyanyian qasidah oleh kumpulan nasyid Nur Ahli Badar dan Babul Mustafa yang diselang-seli ceramah disampaikan oleh Habib Nael Taher, Ustaz Iqbal Zain, Habib Najmudden Othman serta Habib Jindan Novel.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 600 hadirin memeriahkan Karnival Mega Ambang Tahun Baharu 2024 bertemakan 'Masjid: Hijrahku Bermula Di Sini' dengan pelbagai pengisian termasuk forum perdana khas dan persembahan nasyid daripada Kumpulan Hijjaz.
Di SARAWAK, sambutan ambang tahun baharu yang bertemakan "Let's Celebrate Together" disempurnakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan pelbagai pengisian termasuk persembahan pentas, pertunjukan bunga api serta acara kiraan detik tahun baharu.
Di KEDAH, orang ramai memenuhi kawasan Tasik Darulaman di Jitra malam tadi bagi menyertai program Ambang Sejahtera 2024 sempena sambutan tahun baharu yang dianjurkan kerajaan negeri.
Di PERAK, kira-kira 10,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Silverlakes Village Outlet (SVO), Batu Gajah bagi merasai kemeriahan Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 X Sambutan Ambang Tahun Baharu Peringkat Negeri Perak.
Di SABAH, orang ramai mengunjungi Karnival Ambang Tahun Baharu 2024 di Tawau dengan lebih 20 vendor minuman, makanan dan pakaian disediakan untuk pengunjung selain persembahan pentas dan bunga api.
Karnival anjuran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bersama Pertubuhan Pentas Anak Tanjung Sabah (Penata) selama tiga hari berakhir hari ini itu menyediakan peluang peniagaan kepada belia tempatan dan menjadi platform penyatuan masyarakat sekali gus menjadikan Tawau sebagai daerah dinamik ekonomi.
Di MELAKA, sambutan ambang Tahun Baharu 2024 diadakan bersekali dengan pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) dalam usaha kerajaan negeri merancakkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika berucap pada majlis itu berkata TMM 24 menyediakan 76 acara pelancongan termasuk 30 acara utama yang diadakan sepanjang tahun hadapan.
Sementara itu, di PERLIS kira-kira 1,000 orang hadir ke majlis sambutan tahun baharu di Dewan 2020, Kangar yang diisi dengan Kempen Jom Solat, Hayya Ala Solah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Suasana para hadirin yang menghadiri Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024, Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam malam tadi. --fotoBERNAMA
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
Polis temukan mayat lelaki tanpa pengenalan diri di Perak
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Thailand masih menaruh keyakinan tinggi kepada Malaysia
Pihak berkuasa Thailand masih belum berputus asa sebaliknya menaruh keyakinan terhadap Malaysia untuk terus berperanan sebagai fasilitator dalam rundingan damai Selatan Thailand membabitkan pihak tentera dan kumpulan pemisah.
Pihak berkuasa Thailand jamin jaga keselamatan pelancong Malaysia
Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang beri jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa negara ini memastikan keselamatan mereka terjamin.
Belangsungkawa: PM rakam takziah keluarga aktivis gerakan Islam Mesir, Youssef Nada
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia, hari ini.
Majlis makan malam ada tarian mencolok mata disiasat
Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, pada Sabtu lalu.
Rusia dakwa tawan dua lagi perkampungan di timur Ukraine
Rusia mendakwa tenteranya menawan dua lagi perkampungan di timur Ukraine hari ini, sekali gus disifatkan kejayaan terbaharu bagi Moscow yang sedang mara dalam perangnya dengan Ukraine.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Donald Trump
Dalam pada itu Donald Trump pada ucapan sama menyatakan beliau cenderung membenarkan TikTok terus beroperasi di Amerika Syarikat untuk sementara waktu.
Katanya,beliau telah menerima berbilion tontonan di platform media sosial itu semasa kempen presidennya.
Katanya,beliau telah menerima berbilion tontonan di platform media sosial itu semasa kempen presidennya.
Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.
Anti-dadah: Trump ikrar lancar kempen, kartel dadah Mexico pengganas
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, berjanji pada Ahad untuk melancarkan kempen iklan anti-dadah baharu bagi menunjukkan kesan fizikal penyalahgunaan dadah seperti fentanyl.
Murid 12 tahun antara 478 ditahan dalam operasi lumba haram malam tahun baharu
Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari
Sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang.
Barisan menteri doakan kesejahteraan rakyat, komited terus majukan negara
Seluruh rakyat Malaysia diajak bersama bersatu padu dan bekerja keras demi memastikan Malaysia yang lebih gemilang bagi generasi masa depan.
PDRM laksana operasi ambang tahun baharu besar-besaran seluruh negara
Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa lain.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Op Ambang Tahun Baharu: 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan di P. Pinang
Tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.
Polis keluar 372 saman, sita 10 motosikal dalam operasi ambang tahun baharu di ibu negara
Ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.
KLCC anjur sambutan ambang tahun baharu
KLCCH bersama DBKL akan menampilkan sambutan ekstravaganza ambang tahun baharu selama tiga jam di taman Esplanade KLCC pada 31 Dis.