KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan operasi bersepadu ambang tahun baharu secara besar-besaran di seluruh negara melibatkan semua kontinjen serta daerah bermula 8 malam tadi hingga 5 pagi ini.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia.
"Operasi bertujuan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas dengan memantau pergerakan aliran trafik di lokasi tumpuan selain membanteras aktiviti samseng jalanan serta mencegah pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang boleh mendatangkan risiko kemalangan atau halangan di jalan raya.
"Konsep penugasan terbahagi kepada dua iaitu kawalan lalu lintas bagi kelancaran aliran trafik sempena sambutan tahun baharu dan operasi penguatkuasaan ambang tahun baharu," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata terdapat 17 lokasi sambutan ambang tahun baharu di Lembah Klang iaitu 10 di Kuala Lumpur dan selebihnya di Selangor.
"Walaupun tiada sambutan secara rasmi diadakan di Dataran Merdeka dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), PDRM turut meletakkan petugas bagi memantau keselamatan serta ketenteraman awam di lokasi tersebut selain membantu melancarkan aliran trafik sekiranya berlaku kesesakan yang ketara.
"PDRM khususnya JSPT menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa patuhi peraturan di jalan raya, bersikap toleransi, berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan.
"Patuhi arahan petugas yang melaksanakan penugasan di lapangan bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya dan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam Operasi Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Jalan Duta Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.