GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi aktiviti tangkapan secara haram yang mengancam pembiakan ikan di perairan negara ini.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, masalah yang sudah lama berlaku itu bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan pantai, tetapi juga boleh menyebabkan sumber perikanan mengalami kepupusan pada masa akan datang.
“Dalam tinjauan yang dibuat, CAP mendapati selain pukat tunda yang menjadi ancaman kepada pembiakan ikan di perairan negara sejak lebih 40 tahun yang lalu, penggunaan pukat rawa sorong, pukat apollo, pukat siput dan bubu naga juga semakin berleluasa ketika ini,” kata Mohideen dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, beliau mendakwa, penggunaan bahan letupan atau bom dalam kalangan nelayan dan penangkap ikan seperti di Sabah juga telah menyumbang kepada peningkatan kemusnahan benih ikan dan kerosakan batu karang di perairan negeri berkenaan.
Manakala, di Pantai Timur pula, kata beliau, pencerobohan nelayan asing terutama dari Vietnam yang berterusan sejak sekian lama menyebabkan negara ini mengalami kerugian RM4.25 bilion setiap tahun kerana hasil laut dirompak oleh nelayan bot pukat tunda dari negara itu.
“Setiap hari beribu tan benih hidupan laut pelbagai spesies musnah akibat penggunaan peralatan tersebut. Sebuah bot pukat tunda misalnya, memerangkap dan membunuh lebih 60 peratus anak ikan (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan.
“Menurut Jabatan Perikanan, stok ikan di perairan Semenanjung Malaysia berada pada paras kritikal apabila biomass sumber perikanan demersal semasa direkodkan hanya berbaki 4.4 peratus sahaja ketika ini berbanding 60 tahun yang lalu” ujar beliau lagi.
Menurut Mohideen, kajian yang dibuat pada 2016 mendapati stok ikan demersal seperti spesies gelama, kerisi, lolong bara, udang dan sotong semakin menyusut daripada 473,345 tan metrik kepada 21,002 tan metrik.
Jelas Mohideen, walaupun masalah itu sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil pihak kerajaan bagi mengatasinya.
Malah, tegas beliau, bot pukat tunda terus menceroboh zon tangkapan nelayan pantai dan semakin banyak alat tangkapan yang diharamkan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Sejak 1980-an CAP telah menyuarakan bantahan dan mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak kerajaan mengenai perkara ini termasuk menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan mengharamkan penggunaan pukat tunda bagi mengawal sumber perikanan dari terus diancam kepupusan” ujar Mohideen lagi.
Justeru, CAP, kata beliau, menggesa MAFI, Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil tindakan segera bagi menangani keadaan yang semakin meruncing yang berlaku dalam sektor perikanan ketika ini.
CAP, jelasnya, percaya dan bimbang jika masalah ini berterusan sumber laut negara ini hanya mampu bertahan kurang 30 tahun saja lagi.
Di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas dan berkesan, gesaan CAP serta nelayan pantai sebelum ini supaya penggunaan pukat tunda diharamkan perlu diberi perhatian serius dan disegerakan.
Beberapa buah negara seperti Hong Kong, Indonesia, Palau, Belize dan Jepun telah mengharamkan penggunaan pukat tunda di negara mereka.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 29 2022

Antara benih ikan yang musnah akibat aktiviti tangkapan haram di perairan negara. - Gambar ihsan CAP

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis Thailand banteras 'Shell Company' dikaitkan dengan rangkaian jenayah siber
Pelabur mengupah 14 firma perakaunan untuk mendaftarkan entiti korporat dan membuka akaun bank untuk aktiviti haram.

Ada transaksi kemasukan wang RM78,800 daripada Wan Saiful & Associates Sdn Bhd - Saksi
Low, yang sebelum ini bertugas di Public Bank Berhad, Cawangan Sg Chua berkata akaun itu telah dibuka atas nama Tagami Auto Enterprise di bank Cawangan Sg Chua, pada 7 Jan 2008.

Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - Saksi
Seorang pegawai SPRM berkata beliau diarahkan membuka aduan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6.9 juta daripada sebuah syarikat berhubung projek Jana Wibawa.

SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.

Pengarah syarikat didakwa 17 pertuduhan terima wang hasil aktiviti haram lebih RM160 juta
Seorang pengarah syarikat didakwa atas 17 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, berjumlah lebih RM160 juta.

RoS sediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan - Saifuddin
RoS diarahkan untuk menyediakan laporan mengenai status ketidakpatuhan pertubuhan termasuk terlibat dalam aktiviti haram.

Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.

AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.

Bintang porno nikah dengan kru sendiri di balai polis
Seorang bintang porno dan kru dari filem yang sama menikah di sebuah balai polis selepas ditahan pihak berkuasa kerana melakukan aktiviti haram tersebut.

Bekas eksekutif akaun firma guaman didakwa lupus, pindah, terima wang lebih RM1 juta
Bekas eksekutif akaun firma guaman Abu Zarin Haron sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah atas 8 pertuduhan melupus, memindahkan dan menerima lebih RM1 juta.