KUALA LUMPUR: Pengurus Perkhidmatan Perbankan Low Mong Tuan, 44, yang berkhidmat di Public Bank Berhad, Jalan Sultan Sulaiman turut mengesahkan transaksi kemasukan wang berkenaan ke dalam akaun Public Bank atas nama Tagami Auto Enterprise Sdn Bhd, dibuat melalui pindahan wang pada 12 Ogos 2022.
Low, yang sebelum ini bertugas di Public Bank Berhad, Cawangan Sg Chua berkata akaun itu telah dibuka atas nama Tagami Auto Enterprise di bank Cawangan Sg Chua, pada 7 Jan 2008.
"Berdasarkan spesimen tandatangan bagi akaun ini, terdapat dua penandatangan yang dibenarkan untuk akaun ini iaitu Yet Kam Looi dan Thin Poh Sin, dan akaun ini hanya memerlukan satu daripada dua penandatangan," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, membabitkan 18 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa.
Sebelum ini, Wan Saiful sebagai Pengarah Syarikat WA Advisory Group Sdn Bhd, didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM78,800 daripada akaun CIMB Bank Berhad milik syarikat itu ke akaun Public Bank Berhad milik Syarikat Tagami Auto Enterprise Sdn Bhd, sebagai bayaran bagi pembelian sebuah kereta jenis Ford Ranger.
Sementara itu, disoal peguam Chetan Jethwani, yang mewakili Wan Saiful sama ada saksi tahu transaksi bertarikh 12 Ogos 2022 dirujuk sebagai transaksi yang mencurigakan, Low menjawab: Saya tidak tahu.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rasyidah Murni Adzmi sama ada sehingga ke hari ini, saksi tidak mengetahui transaksi pada 12 Ogos telah dilaporkan sebagai transaksi yang mencurigakan, Low berkata: "Pada masa itu, saya tidak tahu sama ada transaksi itu adalah mencurigakan, sehingga saya menerima e-mel daripada pejabat atasan yang menyatakan dokumen berhubung transaksi tersebut perlu diberikan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selepas pegawai penyiasat temu bual saya, baru saya tahu."
Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan Mohamad Norazman Md Salleh memberitahu mahkamah bahawa wang berjumlah RM36,550 dipindahkan daripada WSA Advisory Group ke akaun bank Pertubuhan Penggerak Muafakat Bagan Seberang Perai Utara.
Mohamad Norazman, 44, yang merupakan penolong pengurus bank, di Bank Rakyat Cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang berkata wang tersebut dipindahkan secara dalam talian pada 10 Okt 2022.
"Merujuk kepada penyata akaun Bank Rakyat atas nama Pertubuhan Penggerak Muafakat Bagan Seberang Perai Utara, terdapat transaksi kredit kemasukan ke dalam akaun ini melalui pindahan Duit Now berjumlah RM36,550, pada pada 10 Okt 2022," kata saksi itu.
Wan Saiful juga berdepan satu pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM36,550 dari akaun CIMB Bank milik Syarikat WSA Advisory Group ke akaun Bank Rakyat milik Pertubuhan Penggerak Muafakat Bagan Seberang Perai Utara.
Kepada soalan peguam Amer Hamzah Arshad, Mohamad Norazman bersetuju bahawa beliau tidak ditanya oleh pegawai penyiasat SPRM sama ada terdapat transaksi mencurigakan bagi akaun Pertubuhan Penggerak Muafakat Bagan Seberang Perai Utara.
Bagaimanapun, semasa pemeriksaan semula oleh TPR Rasyidah, saksi menjelaskan bahawa transaksi wang berjumlah RM36,550 dilakukan pada tahun 2022 dan penolong pengurus bank ketika itu adalah individu lain.
"Pada masa itu, penolong pengurus bank ialah Encik Roslan dan beliau merupakan individu yang akan membuat laporan jika ada transaksi mencurigakan. Saya tidak pasti untuk transaksi ini, telah dilaporkan atau tidak," kata Mohamad Norazman.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu, antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini, antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 10 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Wan Saiful, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.

Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.

Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.

Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.

Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.

Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.