KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Farah Yasmin Salleh semasa sebutan kes Adam Radlan, 42, membabitkan lima pertuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin hari ini.
"Pada tarikh sebutan lepas, pihak pendakwaan memaklumkan ingin memindahkan kes di mahkamah ini ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14 (di hadapan Hakim Suzana), namun terdapat perkembangan baharu iaitu pada 25 Okt lepas, tertuduh telah didakwa dengan kesalahan di bawah Akta Pencegahan, Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
"Pihak pendakwaan juga akan menuduh OKT (Adam Radlan) dengan kesalahan AMLATFPUAA di Shah Alam pada minggu hadapan. Oleh itu pendakwaan mohon satu tarikh baharu untuk permohonan pemindahan kes ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14, iaitu setelah pertuduhan di Shah Alam selesai," kata Mohd Fadhly.
Pada prosiding hari ini, Adam Radlan diwakili peguam Wee Yeong Kang.
Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah kerana membantu syarikat tersebut mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 Nov 2021.
Pada 28 Feb lepas, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pada 25 Okt lepas, Adam Radlan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, dua tahun lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Adam Radlan (tengah) akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.

Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.

Mahkamah benar lima pertuduhan rasuah Adam Radlan dibicara bersama
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan, dibicarakan bersama.

Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.

Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
Mohd Khairul Azam berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.

Kes Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa lagi
Adam Radlan didakwa atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.