KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa yang dijadualkan bermula hari ini di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan lagi ke 9 Julai.
Hakim Suzana Hussin turut melapangkan tarikh perbicaraan hari ini sehingga 12 Jun selepas peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Adam Radlan, 43, memohon penangguhan perbicaraan kes itu berikutan pihak pendakwaan baru sahaja menyerahkan satu set dokumen berkaitan kes kepada pembelaan pada Jumaat lepas (7 Jun).
"Pihak kami (pembelaan) memohon masa untuk meneliti dokumen berkenaan," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry berkata pihaknya tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram itu.
Katanya pihak pendakwaan baru sahaja dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat beberapa dokumen yang terlepas pandang untuk diserahkan kepada pihak pembelaan bagi tujuan perbicaraan.
"Kami memohon maaf berhubung kelewatan untuk menyerahkan satu set dokumen itu kepada pembelaan," kata Mohamad Fadhly.
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.
Dia turut didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama sebagai upah, kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Januari 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Perbicaraan kes Adam Radlan (kanan) yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa yang dijadualkan bermula hari ini di Mahkamah Sesyen ditangguhkan lagi ke 9 Julai. -Gambar fail/Bernama
Arca Buddha di Bukit Choras simbol kemajmukan wujud berabad lamanya di Kedah - Penyelidik
Penemuan arca buddha berbentuk manusia di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras menunjukkan kemajmukan budaya dari pelbagai latar belakang telah wujud sekian lamanya di bumi Kedah.
Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan
Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu.
AWANI Ringkas: KPM siasat kes pelajar jatuh bangunan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
Persiapan istiadat pertabalan Agong pada peringkat akhir, 700 tetamu bakal hadir
Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat berlangsung sempurna.
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Mahkamah benar lima pertuduhan rasuah Adam Radlan dibicara bersama
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan, dibicarakan bersama.
Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.
Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
Mohd Khairul Azam berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.
Kes Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa lagi
Adam Radlan didakwa atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.