KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, berjumlah lebih RM160 juta.
Chin Wai Lan, 50, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Azrul Darus.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, Chin didakwa menerima wang berjumlah RM164,587,103 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, dalam akaun bank semasa milik enam syarikat iaitu SC Wealth Planner Sdn Bhd, New Straits Ventures Sdn Bhd, Pinetree Field Sdn Bhd, Pixelvest Sdn Bhd, Quarters Venture Sdn Bhd dan Quarters Capital PLT, yang mana tertuduh merupakan pengarah kesemua syarikat ketika kesalahan itu dilakukan.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan antaranya di United Overseas Bank (Malaysia) Berhad dan Affin Hwang Investment Bank Berhad cawangan Cheras serta Public Bank Berhad cawangan Changkat Thambi Dollah antara 23 Dis 2020 dan 21 Dis 2022.
Pertuduhan mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC) Muhammad Izzat Fauzan tidak menawarkan sebarang jaminan, mengambil kira faktor tertuduh merupakan seorang flight risk dan telah cuba melarikan diri semalam.
"Tertuduh membeli tiket ke Singapura pada 10 pagi semalam, walaupun pihak SC memaklumkan terdapat waran tangkap dikeluarkan ke atasnya kira-kira tiga jam sebelum itu.
"Dia telah ditahan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.05 petang semalam, sejam sebelum penerbangannya ke Singapura pada 3 petang," katanya dan menambah tertuduh cuba berlengah tidak memberikan kerjasama ketika ditahan.
Peguam Lee Keng Fatt yang mewakili tertuduh, memohon ikat jamin dibenarkan atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal mempunyai tiga orang tanggungan iaitu dua anak, masing-masing berusia 10 dan 20 tahun dan bapa berusia 80 tahun.
"Pihak pembelaan akui tertuduh ditahan ketika menunggu penerbangan di KLIA, tetapi dia bukan cuba untuk melarikan diri tetapi ke luar negara untuk menghadiri satu konsert di Macau pada 14 Jan ini.
"Dia juga memberikan kerjasama yang baik ketika hadir memberi keterangan di SC sebanyak tiga kali sepanjang siasatan. Mohon satu jumlah ikat jamin yang munasabah diberikan," kata peguam itu.
Hakim Sabariah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7 juta dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di ibu pejabat SC sebulan sekali sehingga kes selesai.
Azrul turut membenarkan ikat jamin dengan jumlah sama (RM7 juta) menjadikan jumlah jaminan keseluruhan RM14 juta.
Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 26 Feb ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024

Chin Wai Lan, 50, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Azrul Darus hari ini. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.

Tiga pengarah syarikat didakwa terlibat pengubahan wang haram RM10.2 juta
Tiga pengarah syarikat penerbitan buku mengaku tidak bersalah atas lapan tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10.2 juta.