IPOH: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit, awal tahun ini.
Datuk Loke Mei Chan, 54, didakwa melanggar Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menggunakan barang kawalan diesel sebanyak 19,546 liter tanpa permit dalam menjalankan perniagaan K2 Bitumen Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di K2 Bitumen Sdn Bhd, Taman Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang di Batu Gajah kira-kira 10.55 pagi, 13 Jan lepas.
Loke didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dibaca bersama Seksyen 22 (4) Akta Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) Akta yang sama.
Dia berdepan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan untuk kesalahan kali kedua atau kesalahan berulang denda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, syarikatnya turut didakwa melakukan kesalahan sama di lokasi dan masa yang sama di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Loke yang mewakili syarikat itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Syarikat itu berdepan hukuman denda maksimum RM2 juta dan kesalahan kali kedua atau kesalahan berulang denda maksimum RM5 juta.
Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Undang-Undang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Syazwani Zawawi menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin terhadap Loke atas alasan kemungkinan status pengarah itu boleh ditukar, selain kes itu membabitkan Ops Tiris berkaitan barang kawalan.
Bagaimanapun peguam Muhammad Iman Johar yang mewakili Loke dan syarikat itu berkata tiada keperluan mengenakan sebarang jaminan terhadap anak guamnya.
Mahkamah memutuskan tiada keperluan untuk jaminan dan menetapkan 22 Sept untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Loke (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit, awal tahun ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.

Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.

Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.

Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.

Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel
Seorang bekas kapten kapal mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel melibatkan kerugian RM97,600.

KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.

Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel
Seorang pengarah syarikat serta dua pekerja kapal tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeleweng lebih 30,000 liter minyak diesel, Jumaat lepas.

Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter diesel subsidi
Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi pada Selasa.

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.