KUALA LUMPUR:Penguatkuasaan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta 795) dapat memastikan negara memperoleh faedah apabila sumber biologi yang dijumpai di negara ini dikaji dan dibangunkan kepada produk yang mempunyai nilai.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penguatkuasaan itu secara langsung dapat membanteras ‘biopiracy’ iaitu sumber biologi negara diambil dan dibangunkan tanpa izin sehingga negara tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya.
“Malaysia yang merupakan antara 12 buah negara di dunia yang paling kaya dengan khazanah biodiversiti (mega-biodiversity) dan penguatkusaan akta ini penting kerana kekayaan ini berpotensi besar untuk pembangunan dan penciptaan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal.
“Ia termasuk ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Pada masa yang sama, katanya penguatkuasaan akta itu juga boleh mendatangkan faedah kewangan antaranya royalti, fi bagi permit penyelidikan dan penghasilan paten daripada pengkomersialan produk yang diperoleh daripada sumber biologi.
Sementara bagi faedah bukan kewangan pula termasuk perkongsian hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan melalui pertukaran penyelidikan dan penyelidikan kolaboratif serta peluang pekerjaan kepada masyarakat juga dapat dijana melalui penguatkuasaan akta ini.
Terdahulu, Shamsul Anuar mengumumkan penguatkuasaan akta tersebut bermula 18 Dis semasa merasmikan Webinar Access and Benefit Sharing (ABS) dan Pengetahuan Tradisi serta pelancaran Buku Panduan Pengguna ABS dan portal MyABS yang dibuat secara maya, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020

Shamsul Anuar berkata, penguatkuasaan akta itu boleh mendatangkan faedah kewangan dan bukan kewangan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Hampir 30,000 pelawat asing dikenakan Notis Penolakan Masuk telah dihantar pulang
Seramai 29,572 pelawat asing telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan berjaya dihantar pulang ke negara asal.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.

KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.

Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal - Shamsul Anuar
Rakyat bagaimanapun masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

Parlimen: Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan rakyat mereka.

Parlimen: Bebas anjur perhimpunan aman, namun mesti ikut peraturan - Shamsul Anuar
Kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara di semua peringkat, termasuk menganjurkanperhimpunan aman, namun ia mesti mematuhi peraturan ditetapkan.

Peserta dari 25 negara sertai Rimba Raid Lenggong 2024
Acara melibatkan trek sejauh 300km, melalui hutan berusia 130 juta tahun, jalan balak dan berbatu serta merentas sungai, bukit dan gunung.

Ribuan orang termasuk pemimpin negara Arab, Islam hadiri pengebumian Haniyeh di Doha
Kehadiran ribuan orang sewaktu solat jenazah dan upacara pengebumian Haniyeh jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya.