Pemeteraian beberapa perjanjian di bawah Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan atau migrasi air antara Kerajaan Persekutuan dan Kelantan hari ini diharap dapat mendorong Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bergerak lebih proaktif dalam merealisasikan impian rakyat untuk menikmati bekalan air bersih.
Yang Dipertua Majlia Belia Kelantan (MBK) Syahbuddin Hashim berkata ini kerana berdasarkan rekod sebelum ini AKSB tidak berupaya menyediakan bekalan air bersih walaupun telah menerima peruntukan sehingga RM770 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
"Kami harap suntikan dana daripada Kerajaan Persekutuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya AKSB agar penyediaan air berkualiti dicapai demi kepentingan rakyat Kelantan.
"AKSB juga perlu lebih serius menangani isu ini kerana kami rakyat Kelantan tidak mahu lagi adanya istilah 'bangau oh bangau' selepas sekian lama rakyat menderita ," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kerajaan Persekutuan dan Kelantan hari ini memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.
Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan bermula sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri ini.
Kelantan merupakan negeri keenam yang melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air seperti diperuntukkan di bawah Akta 655 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.
Mengulas lanjut, Syahbudin berkata alasan kewangan yang menjadi kekangan utama AKSB sebelum ini diharap selesai dengan perjanjian itu, sekali gus memberi keupayaan kepada syarikat air berkenaan menyelesaikan keperluan asas rakyat.
Beliau berkata perjanjian itu juga dilihat mampu mengurangkan beban rakyat dalam berhadapan kos hidup yang lebih tinggi ketika ini terutama kos dobi, kos menyediakan penapis air dan kos membeli air bersih yang ditanggung selama ini.
"Terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan atas termeterainya perjanjian ini yang memang dinantikan rakyat. Ia tanda dan bukti keperihatinan kerajaan kepada nasib rakyat negeri ini tanpa mengira fahaman politik," katanya.
Sementara itu, Ketua Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) Datuk Seri Dr Mohd Fared Ab Ghani dalam satu kenyataan berkata gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu berpendirian langkah migrasi air itu akan berjaya mencapai aspirasi penduduk Kelantan jika rombakan dan penyusunan semula pentadbiran AKSB turut dilaksanakan.
Beliau mendakwa walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meletakkan sasaran prestasi kepada AKSB namun agensi berkenaan masih gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Bernama
Wed Sep 14 2016
![AKSB diminta lebih proaktif sedia bekalan air bersih melalui perjanjian migrasi air - NGO AKSB diminta lebih proaktif sedia bekalan air bersih melalui perjanjian migrasi air - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466429060_AirKelantan.jpg)
Yang Dipertua MBK, Syahbuddin Hashim berkata ini kerana berdasarkan rekod sebelum ini AKSB tidak berupaya menyediakan bekalan air bersih walaupun telah menerima peruntukan sehingga RM770 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704533023_PiliAir.jpg)
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.
![Banjir Kelantan: Hubungi AKSB untuk dapat bantuan air bersih rumah - Exco Banjir Kelantan: Hubungi AKSB untuk dapat bantuan air bersih rumah - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672127146_SyarikatAirKelantan.jpg)
Banjir Kelantan: Hubungi AKSB untuk dapat bantuan air bersih rumah - Exco
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan lebih 50 lori tangki bagi membantu mangsa banjir yang terkesan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut.
![Aidilfitri: 445 tangki statik ditempatkan di kawasan gangguan bekalan air - AKSB Aidilfitri: 445 tangki statik ditempatkan di kawasan gangguan bekalan air - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/51466429060_AirKelantan.jpg)
Aidilfitri: 445 tangki statik ditempatkan di kawasan gangguan bekalan air - AKSB
Tangki statik tersebut ditempatkan di lokasi strategik seperti masjid, surau dan taman-taman perumahan.
![Air Kelantan buat persediaan awal hadapi peningkatan penggunaan bekalan air Air Kelantan buat persediaan awal hadapi peningkatan penggunaan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637568917_air.jpg)
Air Kelantan buat persediaan awal hadapi peningkatan penggunaan bekalan air
Ia termasuk memastikan kesemua loji rawatan air (LRA) AKSB beroperasi pada kapasiti maksimum dengan jumlah pengeluaran air melebihi 500 juta liter sehari.
![Tiga jajahan di Kelantan alami gangguan bekalan air esok Tiga jajahan di Kelantan alami gangguan bekalan air esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630423978_air.jpg)
Tiga jajahan di Kelantan alami gangguan bekalan air esok
tiga jajahan yang terlibat adalah Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan & Timur.
![KASA teliti permohonan RM1.7 bilion kerajaan Kelantan atasi masalah air KASA teliti permohonan RM1.7 bilion kerajaan Kelantan atasi masalah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612646371_TBTuanIbrahim.jpg)
KASA teliti permohonan RM1.7 bilion kerajaan Kelantan atasi masalah air
KASA akan memastikan masalah air di Kelantan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.
![Kerajaan Kelantan perlu lakukan penilaian bekalan air, perigi Kerajaan Kelantan perlu lakukan penilaian bekalan air, perigi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/81520422487_petrossarawak.jpg)
Kerajaan Kelantan perlu lakukan penilaian bekalan air, perigi
Kerajaan Kelantan perlu melakukan penilaian ke atas setiap bekalan air atau perigi di setiap kampung bagi memastikan kandungan mineralnya selamat untuk digunakan.
![Gangguan bekalan air libatkan 32,018 akaun di Kelantan Gangguan bekalan air libatkan 32,018 akaun di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611320865_watertap.jpg)
Gangguan bekalan air libatkan 32,018 akaun di Kelantan
Sebanyak 32,018 akaun akan mengalami gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan merangkumi empat jajahan dijangka bermula hari ini hingga 30 Jan, menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
![Tiada air, rumah dibeli tidak boleh dihuni Tiada air, rumah dibeli tidak boleh dihuni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515282280_rumahtiadaair.jpg)
Tiada air, rumah dibeli tidak boleh dihuni
Hampir 70 pemilik rumah kos rendah di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan kecewa apabila kediaman yang dibeli gagal dihuni.
![AKSB diminta lebih proaktif sedia bekalan air bersih melalui perjanjian migrasi air - NGO AKSB diminta lebih proaktif sedia bekalan air bersih melalui perjanjian migrasi air - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466429060_AirKelantan.jpg)
AKSB diminta lebih proaktif sedia bekalan air bersih melalui perjanjian migrasi air - NGO
Berdasarkan rekod sebelum ini AKSB tidak berupaya menyediakan bekalan air bersih walaupun telah menerima peruntukan sehingga RM770 juta daripada Kerajaan Persekutuan.