KOTA BHARU:Sebanyak 32,018 akaun akan mengalami gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan merangkumi empat jajahan dijangka bermula hari ini hingga 30 Jan, menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
AKSB dalam satu notis hebahan hari ini memaklumkan daerah terlibat ialah Machang yang membabitkan 16,000 akaun, Pasir Puteh (9,539), Kota Bharu Selatan (5,979) dan Kota Bharu Timur (500).
Notis itu menjelaskan gangguan tersebut disebabkan berlaku kebocoran paip air mentah di Kampung Pulai Chondong, Machang, semalam.
Susulan itu, pihaknya menutup sementara waktu operasi Medan Telaga Sungai Bagan yang melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, di Machang.
"Pihak AKSB dalam perancangan teliti untuk menggantikan saluran paip tersebut secara berjadual dan dijangka mengambil tempoh bermula hari ini hingga 30 Jan.
"Namun, ia bergantung kepada situasi di tapak dan AKSB akan memaklumkan status perkara ini dari semasa ke semasa," menurut notis itu.
Pengguna boleh menghubungi Pusat Informasi dan Talian Aduan (PINTAS) di talian 15777 atau WhatsApp 0195755777 atau muat turun aplikasi MyAKSB untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Gangguan tersebut disebabkan berlaku kebocoran paip air mentah di Kampung Pulai Chondong, Machang, semalam.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Sistem paparan maklumat laluan MRT Kajang alami gangguan
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan pihak teknikal sedang berada di lokasi untuk kerja baik pulih.
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
Pengguna Instagram beberapa negara alami gangguan aplikasi
Pengguna platform media sosial Instagram dari beberapa negara pada Jumaat melaporkan gangguan berkaitan cara aplikasi itu berfungsi.
Gangguan sistem percukaian di LHDN
Para pembayar cukai masih boleh mendapatkan maklumat percukaian melalui Portal Rasmi LHDN.
Ribuan pengguna Facebook, Instagram, WhatsApp di AS alami gangguan
Beribu-ribu pengguna media sosial Meta Platforms di Amerika Syarikat (AS) mengalami gangguan pada Rabu, menurut laporan media.
LRT laluan Kelana Jaya selamat, stabil
Rapid Rail giat menjalankan ujian ke atas 38 tren dan ia penting dalam menentukan kestabilan serta keboleharapan.
Penduduk Kuantan alami gangguan bekalan air bermula tengah malam tadi
Kawasan yang berdepan dengan masalah air ialah di seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor.
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya alami masalah lagi, Rapid Rail mohon maaf
Rapid Rail memaklumkan siasatan awal mendapati insiden ini berlaku akibat circuit breaker terputus
MAVCOM arahkan syarikat penerbangan serah data gangguan jadual penerbangan
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim data tersebut diperlukan untuk mendapatkan informasi yang objektif, tepat dan menyeluruh berkenaan isu tersebut.
Maybank minta maaf, jumlah trafik 'luar biasa' punca perkhidmatan terganggu
Masalah itu berpunca daripada jumlah trafik yang tinggi dalam semua platform tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini.