KUALA LUMPUR:Kerajaan negeri Kelantan perlu melakukan penilaian ke atas setiap bekalan air atau perigi di setiap kampung bagi memastikan kandungan mineralnya selamat untuk digunakan.
Pakar Kejuruteraan Kimia dan Kelestarian Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Rosalam Sarbatly berkata, dari situ kerajaan negeri berkemungkinan akan mendapat indikasi sama ada perlu mencari sumber baharu atau sebaliknya.
"Penilaian awal adalah amat penting bagi menilai bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk terjamin.
"Pada masa yang sama bekalan air dapat dibekalkan sebelum sistem paip siap pada 2030," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Rosalam memberitahu, sistem paip sepanjang tiga hingga empat kilometer berkemungkinan boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Namun demikian katanya, ia memerlukan peruntukany ang besar pada setiap tahun bagi memastikan kerja-kerja pemasangan paip dan penambahbaikan sistem pengagihan dilakukan dengan baik.
Sebelum ini, media melaporkan, keupayaan bekalan air yang disediakan kerajaan Kelantan sehingga kini dilihat belum cukup meyakinkan kerana sering kali terganggu dengan pelbagai masalah.
Astro Awani
Sat Jan 30 2021

Dr Rosalam Sarbatly berkata, penilaian awal adalah amat penting bagi menilai bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk terjamin. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

JKNNS siasat dakwaan air perigi mampu ubati pelbagai penyakit
Pejabat Kesihatan Daerah Rembau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh isu ini yang telah mendapat perhatian meluas dalam media sosial.

Perigi ratusan tahun bakal lenyap ditelan ombak
Perigi sedalam kira-kira lima meter itu akan runtuh sepenuhnya sekiranya banjir melanda dan berlaku perubahan cuaca akibat MTL.

Wanita OKU warga emas ditemukan mati dalam perigi
Mayat Umi Kalsom Jasin, 80 tahun, ditemui oleh ahli keluarganya jam 4.30 petang.

Remaja perempuan maut tertimbus dalam perigi
Seorang remaja perempuan maut selepas tertimbus tanah ketika berada di dalam perigi bersebelahan rumahnya di Lanchang, Temerloh.

4 hari terperangkap dalam perigi, kanak-kanak OKU 10 tahun berjaya diselamatkan
Usaha menyelamat mengalami kesukaran susulan cuaca buruk dan risiko haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking.

Ini fakta anda perlu tahu tentang tragedi yang menimpa Rayan
Berita kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Oram pada Ahad bukan sahaja diratapi rakyat negara itu, malah masyarakat seluruh dunia.

Kerajaan Kelantan perlu lakukan penilaian bekalan air, perigi
Kerajaan Kelantan perlu melakukan penilaian ke atas setiap bekalan air atau perigi di setiap kampung bagi memastikan kandungan mineralnya selamat untuk digunakan.

Lebih 50 peratus air hilang sebelum sampai ke pelanggan - AKSB
Lebih 50 peratus air yang dikeluarkan loji Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) hilang dalam perjalanan ke pelanggan mereka di negeri itu.

Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti
Lebih 200 penduduk kampung mengharapkan bekalan air dari sebuah perigi, yang belum tentu tahap kebersihannya.

Enam hari terperangkap dalam perigi, akhirnya lelaki warga Britain berjaya diselamatkan
Pasukan penyelamat berjaya menarik mangsa, Jacob Matthew Roberts, 29, dari perigi sedalam empat meter.