SEAWAL jam 7 pagi, Undang Kurim akan mengumpul botol dan bekas kosong untuk dibawa ke sebuah perigi di Kampung Mapan-Mapan, Pitas.
Mungkin jarak 600 meter suatu rutin yang terjangkau kemampuan orang lain, tapi baginya yang sudah menginjak usia 68 tahun, kelaziman harian itu menuntut keperihan atas sisa tenaganya.
Mujur ibu tunggal itu tidak keseorangan. Dia ditemani anak-anaknya untuk menimba air dari perigi tersebut untuk kegunaan harian. Namun jika kegunaan air melebihi kuantiti biasa, berulang jugalah mereka ke perigi itu.
Rutin harian tersebut bukan hanya perlu digagahi Undang malah dilakukan 231 penduduk kampung berkenaan yang bergantung harap pada telaga tunggal itu.
Akui Undang, sejak dirinya kanak-kanak hingga kini dikategorikan sebagai warga emas, malah kemerdekaan Sabah sudah memasuki tahun ke-57, derita itu terus menghimpit mereka.
Ketika banyak masyarakat di daerah dan negeri lain di seluruh negara sudah mengecap nikmat pembangunan serta angan-angan gaya hidup masa depan, mereka di kampung itu masih dipegun waktu dan terperangkap dalam dimensi masa lampau.
"Kalau hujan turun memang satu rahmat buat saya dan penduduk kampung. Kami dapat menadah air hujan untuk kegunaan harian seperti memasak, membasuh pakaian, mengambil wuduk dan bermacam-macam lagi.
"Tetapi jika tidak hujan... terpaksa kami beramai-ramai ke perigi ini untuk mengambil air. Siapa ada kereta sorong senang sedikit menyorong botol dan gelen (bekas) dipenuhi air," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Sakit pinggang dan lenguh lengan serta kaki umpama asam garam buatnya dan penduduk kampung tersebut.
Kata orang, alah bisa tegal biasa. Namun dalam situasi seperti itu, perumpamaan itu seperti tidak adil untuk mereka. Ia ibarat suatu ‘pencabulan’ hasrat hidup.
"Tua-tua begini memanglah sakit pinggang kalau mengangkut air ini. Tetapi kalau sakit pinggang saya akan rehat sekejap, kalau sudah reda sakit, akan sambung balik. Mesti juga sambut air di perigi ini walaupun sakit sebab ia untuk kegunaan harian," rintihnya.
Selain itu, bagi pemilik gerai makan di kampung tersebut, Norhaini Mat Nur, 41, kepayahan ketiadaan sistem bekalan air bersih di kampungnya menyukarkan rutin harian.
Setiap pagi, katanya, suaminya akan mula mengangkut air dari perigi manakala dia mempersiapkan kelengkapan untuk berjualan.
"Kalau mahu guna air kena berjimat cermat... perlu pandai catu air yang diangkat dari perigi atau air hujan. Saya akan mengasingkannya untuk mencuci pinggan dan untuk kegunaan memasak.
"Bukan itu sahaja, air di perigi ini kadang-kadang berwarna merah atau kekuningan, apabila membasuh baju sekolah akan meninggalkan kesan. Kadangkala rasa air perigi itu juga masin seperti air laut," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Mapan-Mapan, Osman Suhor yang baru mengambil alih tanggungjawab tersebut berharap Kerajaan Persekutuan dan negeri meninjau derita yang penduduk kampung itu hadapi sejak puluhan tahun.
"Harapan saya kepada mana-mana parti sama ada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk datang ke kampung kami ini untuk sama-sama mengatasi masalah kampung ini," katanya.
Kampung Mapan-Mapan termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka yang merupakan DUN baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. DUN Bengkoka juga menyaksikan pertembungan 11 penjuru dan merekodkan sejarah sepanjang pilihan raya.
Assim Hassan
Fri Sep 18 2020
Salah seorang penduduk kampung yang mengisi air ke dalam bekas yang dibawanya. - Astro AWANI
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
PRN Sabah: Pengundi teruja buang undi walaupun berdepan COVID-19
Pengundi hendaklah ingat perlu pakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan sentiasa memastikan tangan kita bersih.
Sabah negeri kaya, tetapi rakyat antara termiskin. Di mana silapnya?
Sabah penyumbang kelima terbesar KDNK, tetapi mencatatkan kadar pengangguran tertinggi, serta pertumbuhan gaji median bulanan antara terendah.
PRN Sabah: Saya mahu terus bantu mereka kerana saya sayang orang Kota Belud
Menjalankan perniagaan gajet dan telefon bimbit merupakan cita-cita buat seorang anak muda dari Kota Belud ini.
Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti
Lebih 200 penduduk kampung mengharapkan bekalan air dari sebuah perigi, yang belum tentu tahap kebersihannya.
PRN Sabah: Bilis kampung Limau-Limauan 'laku keras' hingga ke Sarawak, Brunei
Komuniti Maritim di Kampung Limau-Limauan cukup terkenal dengan produk ikan bilis hingga mendapat permintaan dari Sarawak dan Brunei Darussalam.
PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim
Mereka juga turut bekerjasama menghias pondok jambatan sempena Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim.
PRN Sabah: 80 peratus pentingkan isu alam sekitar - Tinjauan WWF Malaysia
Tinjauan melibatkan seramai 1,239 responden daripada pelbagai kumpulan usia dan latar belakang menerusi menerusi media digital dan khidmat pesanan ringkas (SMS).