Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, isu perlindungan alam sekitar menjadi faktor penting kepada rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu untuk menentukan kerajaan yang akan dipilih pada 26 September ini.
Hasil tinjauan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia mendapati 80 peratus daripada 85 peratus responden yang merancang untuk mengundi dalam pilihan raya tersebut menyatakan mereka ingin tahu mengenai aspirasi persekitaran yang dibawa parti-parti politik untuk Sabah.
WWF-Malaysia dalam kenyataan memaklumkan tinjauan tersebut membabitkan seramai 1,239 responden daripada pelbagai kumpulan usia dan latar belakang menerusi media digital dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 27 Ogos lalu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 42 peratus terdiri daripada responden dalam kumpulan umur 31 hingga 45; 29 peratus (di bawah 30 tahun); 22 peratus (46-60 tahun), manakala hanya tujuh peratus mewakili kumpulan umur 61 tahun ke atas.
Selain itu, tinjauan tersebut turut mendedahkan sebanyak 71 peratus menganggap isu persekitaran sebagai antara faktor yang akan menentukan undi mereka.
“Tinjauan juga mendapati 72 peratus responden di semua peringkat umur juga menyatakan mereka 'sangat prihatin' terhadap isu persekitaran termasuk laut dan daratan.
“Sementara itu, responden berumur 61 tahun ke atas yang membentuk kelompok responden terkecil dalam tinjauan ini, iaitu 79 peratus daripadanya mengakui sangat mementingkan alam sekitar.
“Ini diikuti kumpulan umur 31-35 tahun (74 peratus); 46-60 tahun (70 peratus) dan bawah 30 tahun (69 peratus) yang sangat mengambil berat mengenai isu alam sekitar,” demikian menurut WWF dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuliharaan WWF-Malaysia Sabah, Dr Robecca Jumin, berkata rakyat Sabah sudah menyuarakan kebimbangan mereka dan meletakkan persekitaran sebagai aspek penting dalam kehidupan.
“Namun, tindakan kita tidak boleh berhenti di sini. Kita sebagai rakyat Sabah perlu terus menggunakan suara kita dan berkongsi kebimbangan kita.
"Oleh kerana kesejahteraan masa depan bergantung keadaan persekitaran, kita seharusnya terus memastikan pemimpin politik berpegang dengan standard dan tanggungjawab tinggi untuk memastikan kepelbagaian yang ada di Sabah terus dilindungi serta dilestarikan untuk kepentingan manusia dan alam,” jelas beliau dalam kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, Robecca mengulangi seruan kepada parti-parti politik untuk memasukkan komitmen terhadap alam sekitar sebagai sebahagian daripada manifesto mereka.
Menerusi surat terbuka kepada parti-parti politik di Sabah pada bulan lepas, Robecca berkata WWF-Malaysia telah menekankkan enam perkara utama berhubung alam sekitar.
Ia termasuk mencapai sasaran 30 peratus hutan sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya dan 13 peratus atau lebih Kawasan Perlindungan Marin di Sabah.
Hari pengundian bagi PRN Sabah ditetapkan pada 26 September ini, melibatkan bilangan pengundi berdaftar seramai 1,124,598 juta orang.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 16 2020

Selain itu, tinjauan tersebut turut mendedahkan sebanyak 71 peratus menganggap isu persekitaran sebagai antara faktor yang akan menentukan undi mereka - Gambar UNSPLASH

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.