PUTRAJAYA: Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan.
Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata langkah itu bertujuan memastikan setiap pendeposit yang merupakan bakal jemaah haji bebas daripada sebarang hutang terutama hutang tuntutan nafkah.
Beliau berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji minggu depan bagi membincangkan keperluan membekukan akaun pendeposit yang culas membayar tuntutan nafkah itu.
"Mereka ini (pendeposit) perlu lunaskan hutang nafkah sebelum menunaikan rukun Islam kelima. Cara ini dapat bantu bekas suami yang zalim (tidak bayar nafkah) agar bebas hutang, lagi-lagi melibatkan hutang dengan orang terdekat (bekas isteri dan anak-anak).
"Kita ingin pastikan mereka tunai ibadah haji sebagai seorang hamba Allah yang bebas hutang," katanya pada sidang media berhubung isu hiwalah (pemindahan hutang) dan perintah nafkah bersama pembubaran perkahwinan di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata cadangan itu merupakan tindakan susulan daripada pengumuman kerajaan berhubung pembekuan akaun bank melibatkan kes culas membayar tuntutan nafkah.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pembekuan ke atas akaun bank bekas suami yang ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri sebagai menghargai dan menjaga kepentingan wanita, khususnya yang diceraikan suami.
Mohd Na'im berkata JKSM juga dalam perancangan untuk bertemu dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi mengusulkan perkara sama.
"Lepas jumpa TH, akan berjumpa dengan PNB untuk cadang bekukan pegangan saham mana-mana pemegang saham yang culas bayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji minggu depan bagi membincangkan keperluan itu. - Foto BERNAMA
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan mata wang kripto
Suruhanjaya itu akan membangunkan kepakaran dalaman sebagai langkah memperkasa aspek penyiasatan melibatkan mata wang kripto.
3 Pagi ERA: Thalita bawa lagu arwah ibunya 'Kesetiaan', sentuh emosi lebih 5,000 hadirin
Thalita memikat hati penonton dengan lagu "Kesetiaan", nyanyian asal arwah ibunya Allahyarham Siti Sarah yang berjaya menyentuh emosi semua yang hadir.
Saya akan hadir untuk sokongan moral kepada Najib - Ketua Pemuda UMNO
Datuk Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormati yang dinyatakan oleh parti Melayu itu.
53 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Ops Kutip
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya menahan seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu OPS kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang pada Jumaat malam
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
Lelaki itu direman hingga Jumaat selepas Majistret membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.
AWANI Ringkas: Suspek lelaki direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Astro anjur School attack, promosi SMK musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Kelab malam tawar GRO dengan tip sehingga RM5,000 diserbu
Sebuah pusat hiburan mewah dua tingkat di Jalan Sultan Ismail yang menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) dengan tip sehingga RM5,000 digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada awal pagi Sabtu.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi menyaksikan seramai 123 warga asing termasuk 54 lelaki disyaki Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi menyaksikan seramai 123 warga asing termasuk 54 lelaki disyaki Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Akaun pendeposit Tabung Haji culas bayar nafkah dicadang dibekukan - Ketua Hakim Syarie
Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan.
Kerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak - PM
Kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.
JAWI rekodkan lebih 500 kes nikah tanpa kebenaran
Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.