Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merekodkan lebih 500 kes pernikahan tanpa kebenaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak Oktober 2017 sehingga 5 Okt lepas.
Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.
"Mereka melalui proses pernikahan yang menyalahi prosedur undang-undang syariah, dengan kebanyakan bernikah di Thailand, dan ada juga di Indonesia, tetapi bukan melalui pihak yang disahkan kerajaan negara berkenaan," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Beliau ditemui selepas Simposium Keluarga Bahagia "Cinta Hakiki" yang dirasmikan Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI Yusof Mamat. Simposium sehari itu disertai 600 peserta yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
"Kalau ikut perundangan syariah negara kita, urusan pernikahan perlu melalui prosedur 4P (Proses, Pengesahan, Pendaftaran dan Perkahwinan), jadi bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mereka yang terlibat perlu mendaftar semula pernikahan di pejabat agama negeri untuk direkod seterusnya ke Mahkamah Syariah untuk disahkan," katanya.
Menurut Muhammad Abdul Nasir, pernikahan tanpa kebenaran adalah tidak sah menurut undang-undang kerana tidak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara ini.
"Masalah yang timbul daripada pernikahan tanpa kebenaran ialah apabila ia melibatkan urusan perceraian atau tuntutan nafkah anak.
"Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk selesaikannya kerana pernikahan itu tidak didaftarkan, tetapi jangan risau kerana mereka yang terlibat masih boleh mendapatkan bantuan pejabat agama Islam negeri masing-masing," katanya.
Sementara itu, Yusof berkata, simposium ini adalah untuk menyalurkan maklumat dan membuka mata peserta mengenai isu-isu kekeluargaan berpandukan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) kerana ramai yang kurang jelas kewujudan dan bidang kuasa undang-undang syariah ini.
Tambahnya, orang ramai yang memerlukan konsultasi dan nasihat tentang hal ehwal kekeluargaan Islam, boleh merujuk Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPPK JAWI) di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
Pernikahan tanpa kebenaran adalah tidak sah menurut undang-undang kerana tidak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara ini. - Gambar hiasan
Tempoh tahanan reman remaja tikam ibu saudara disambung
Tempoh tahanan reman terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki menikam ibu saudaranya dalam kejadian di Flat di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang Jumaat lalu, disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan.
Perancangan kehamilan tanggungjawab bersama, bukan wanita sahaja - Pakar
Tanggungjawab merancang keluarga tidak wajar hanya diletakkan di bahu wanita, sebaliknya ia seharusnya menjadi tanggungjawab bersama.
Perbicaraan warga Israel ditangguh, jurubahasa diperlukan
Perbicaraan melibatkan seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom ditangguhkan pada Selasa akibat ketiadaan jurubahasa Hebrew.
Hakim Norina Zainol Abidin memutuskan penangguhan itu selepas peguam tertuduh, Datuk Naran Singh, memohon agar jurubahasa Hebrew disediakan untuk menterjemah keterangan saksi pendakwaan.
Hakim Norina Zainol Abidin memutuskan penangguhan itu selepas peguam tertuduh, Datuk Naran Singh, memohon agar jurubahasa Hebrew disediakan untuk menterjemah keterangan saksi pendakwaan.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman pengarah, penerbit filem Mentega Terbang
Peguam mewakili pengarah filem itu berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.
Insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini - Fahmi
Insiden itu merupakan kejadian kedua, dengan yang pertama pada Oktober tahun lepas.
PM Anwar lancar kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global serta menjadi simbol visual kesediaan negara untuk menyambut pelancong dari seluruh dunia.
[TERKINI] Luruan monsun kuat bermula 9 Jan, hujan lebat berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan, berdasar kepada analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat dijangka masuki rantau negara bermula 9 hingga 13 Januari ini.
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
[TERKINI] Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
JAWI rekodkan lebih 500 kes nikah tanpa kebenaran
Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.