KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bagi mengelakkan masa yang terlalu lama diambil untuk menyelesaikan isu itu sehingga bekas isteri dan anak-anak tidak mendapat keadilan.
"Sekarang ini satu persatu bawa ke mahkamah untuk selesaikan kes perceraian. Selepas diputuskan perceraian baru bawa sekali lagi untuk nafkah. Ia kadang-kadang memakan masa yang lama.
"Sebab itu kita bersetuju mencadangkan supaya dibawa terus dua-dua serentak, perceraian dan juga (tuntutan) nafkah untuk isteri dan anak-anak. Jika ini dapat dilakukan maka cepatlah urusan yang lebih besar, selain daripada perceraian adalah urusan nafkah anak dapat disegerakan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Terdahulu, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bagi membincangkan mengenai isu membabitkan undang-undang syariah.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga mencadangkan pembayaran terus nafkah anak daripada akaun akan dilaksanakan segera membabitkan penjawat awam berdasarkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.
Beliau berkata mahkamah mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap majikan yang enggan membuat potongan gaji kakitangan secara terus untuk tuntutan nafkah daripada akaun pekerja.
"Seperti yang saya umumkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, akaun suami perlu dibekukan untuk membuat bayaran terus melalui akaun bank bekas isteri dan anak-anak.
"Kita juga minta Mahkamah Syariah tegas kepada mana-mana suami yang ingkar terhadap keputusan mahkamah, mahkamah mesti mengeluarkan perintah penghinaan mahkamah supaya tindakan perundangan seterusnya boleh diambil terhadap suami," tambahnya.
Sehubungan itu Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk mengarahkan bank-bank mengambil tindakan mengenai pembayaran nafkah yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penubuhan Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) yang bermatlamat untuk memastikan umat Islam di negara ini terutamanya golongan B40 diberi akses kepada keadilan khususnya di Mahkamah Syariah.
Beliau berkata BAGUS berteraskan kepada dua perkhidmatan asas iaitu memberi khidmat nasihat undang-undang secara percuma kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah.
Selain itu, pusat berkenaan juga menyediakan khidmat bantuan guaman secara percuma iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan di Mahkamah Syariah dengan kos yang minimum, yang akan dibiayai oleh kerajaan.
"Kita nak pastikan setiap ibu atau bekas isteri apabila ke mahkamah mesti mempunyai peguam bagi mendapatkan keadilan yang lebih baik kepada mereka. Untuk itu saya meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta sebagai permulaan untuk menggerakkan pusat bantuan guaman ini," katanya.
Untuk permulaan, BAGUS akan dimulakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai projek rintis sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.