AirAsia berharap terminal tambang rendah dan kemudahan yang lebih murah untuk membangunkan pelancongan di Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata jika syarikat penerbangan mendapat lapangan terbang tambang rendah, industri pelancongan akan berkembang pesat.
"Saya masih berpendapat cukai lapangan terbang amat tinggi - RM50. Kuching ke China cukai lapangan terbang sebanyak RM75, sebelum ini. Kini, sebanyak RM50, kami masih berpendapat ia amat tinggi," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Fernandes berada di sini untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa pada Isnin.
Fernandes berkata AirAsia kini mencari tempat baharu untuk mempromosikan dan membawa lebih banyak pelancong dan pekerjaan serta memuji Sarawak yang telah melaksanakan pelbagai langkah dari segi pelancongan domestik.
"Kami mempunyai kejayaan yang terhad di peringkat antarabangsa. Hanya Singapura mencatat prestasi yang baik secara konsisten. Dalam pusingan pengembangan kami yang seterusnya, Sarawak amat penting.
"Membaca mengenai pelan Ketua Menteri untuk melabur dalam infrastruktur pelancongan dan datang (ke sini) untuk mengetahui pelannya - pelancongan perubatan, dan sebagainya. Kami mahu memperluaskan lebih banyak penerbangan (dari Sarawak) ke Indonesia," katanya.
Fernandes berkata sejak AirAsia bermula 18 tahun lepas, syarikat penerbangan itu telah membawa 60 juta orang ke Sarawak dan penerbangan sambungan meningkat 43 peratus pada tahun ini, dengan 73,000 orang datang dari pelbagai negara melalui Kuala Lumpur.
"Kami mahu melabur semula, kami mahu bekerjasama dengan kerajaan Sarawak...situasi menang-menang. Dan berharap kepada bantuan (dari segi) lapangan terbang (tambang rendah).
"Bercakap mengenai e-dagang dan logistik. Kami berpendapat banyak produk makanan Sarawak boleh dijual di Asia. Kami melihat banyak potensi yang membolehkan usahawan menjual produk mereka kepada khalayak yang lebih besar. Kami memerlukan bantuan dan bahan promosi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
Fernandes berkata AirAsia kini mencari tempat baharu untuk mempromosikan dan membawa lebih banyak pelancong dan pekerjaan. - Gambar fail
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.