ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan sesi libat urus bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk khususnya di Kuala Kedah yang terjejas akibat masalah bekalan air.
Exco Bekalan Air dan Sumber Air Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata pihaknya sudah mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu bekalan air di kawasan Kuala Kedah.
Tambah Suraya, pihaknya menerusi portfolio Bekalan Air dan Sumber Air serta pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah melaksanakan beberapa pelan jangka pendek dalam menyelesaikan masalah penduduk.
Ia susulan laporan Astro AWANI yang memaparkan kesukaran penduduk terutama di kawasan Kuala Kedah selepas mengalami masalah bekalan air sejak lebih lima tahun lalu.
BACA: Air oh air: 20,000 penduduk Kuala Kedah merana, sanggup jual rumah
Jelasnya, berdasarkan rekod dan maklumat yang diterima, masalah bekalan air di negeri itu hanya melibatkan satu peratus akaun pengguna berbanding 650,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA).
"Untuk rekod, daripada akaun kita, hanya 650,000 atau satu peratus saja yang terlibat dalam masalah air ini.
"Kita pun telah berbincang dengan masyarakat setempat, memberikan penyelesaian terbaik yang kita ada.
"Satu adalah lori air yang dihantar, kita tambah daripada lima jadi lapan lori untuk dihantar.
"Kemudian kekerapan adalah dua hari sekali.
"Yang kedua adalah mengenai hotline, kita akan perbaikilah sistem hotline," kata Suraya.
Mengulas mengenai dakwaan sikap 'pilih kasih' dalam penghantaran air, Suraya berkata masalah berkenaan berlaku selepas wujud salah faham dalam kalangan penduduk dan pihak SADA.
Ia berikutan dakwaan bahawa ada kalangan pemandu lori air SADA yang hanya menghantar air ke rumah-rumah tertentu sahaja sehinggakan ada penduduk yang tidak menerima bekalan air selama lapan hingga 11 hari.
"Itu dakwaan, Kita pun nak kena check balik, kita pun akan perbaiki.
"SADA dah jumpa dengan driver lori, satu nak kena mesti bersikap terbuka tidak bercakap balik, tidak membalas apa yang orang tempatan cakap, sebab ada tong-tong besar, tong statik,
"Ramai beranggapan mereka hantar kat tong besar, rumah lain tak hantar dah. Sebenarnya kena hantar ke rumah terlibat, untuk standby, kalau air rumah mereka habis, boleh guna dalam tong besar," kata Suraya.
Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor dalam pada itu berkata kerajaan negeri dengan kerjasama SADA juga telah merencanakan beberapa tindakan dalam mengurangkan bebanan masalah air yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.
Antara pelan jangka panjang yang sedang dirangka ialah menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.
Menurut beliau, SADA telah diarahkan menambah bilangan lori jumbo bagi proses penghantaran air ke lokasi terlibat yang mana keputusan berkenaan telah diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang terbaharu.
"Kita dah putuskan dalam mesyuarat exco yang lepas, kita minta SADA tambah bilangan lori untuk hantar air dalam lori jumbo pam dalam lori tangki.
"Kita akui Kuala Kedah yang berada di hujung sistem paip memang bertekanan rendah.
"Pembangunan pesat di pekan Kuala Kedah sejak 10 tahun terakhir ini tidak diikuti oleh pembangunan infra bekalan air yang hanya bergantung kepada infra berbelas tahun dahulu.
"Projek perumahan makin banyak, jadi pembangunan kawasan penempatan dengan struktur tidak seiring," kata Muhamad Sanusi.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa pihak kementerian turut meluluskan dua Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang dapat menyimpan air ketika musim hujan bagi memastikan bekalan air negeri tidak mengalami sebarang masalah, terutamanya pada musim kemarau.
Tambah Tuan Ibrahim, pihaknya turut meluluskan pembinaan LRA Kodiang yang bernilai RM550 juta dan Loji Rawatan Air (LRA) Sidam Kiri bernilai RM450 juta di mana kedua-dua LRA itu dijangka dapat memulakan operasi menjelang 2027.
"Isu besar di Kedah, terutama sumber air bekalan air, dan kita luluskan dua projek takungan air pinggiran sungai supaya waktu air banyak pada musim hujan dapat kita takung dan kita dapat manfaatkan.
"Takungan itu di hilir, bukan konsep empangan, yang di hulu. Ini di hilir berdekatan dengan loji supaya air dapat kita rawat terus di loji," kata Tuan Ibrahim.
Tambahnya, usaha juga sedang dilakukan bagi menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW) Kedah yang kini berada pada tahap 43 peratus kepada 25 peratus yang dipercayai berlaku akibat masalah struktur paip lama yang tidak diganti.
Abd Hadi Che Awang
Fri Mar 05 2021
Kerajaan negeri dengan kerjasama SADA juga telah merencanakan beberapa tindakan dalam mengurangkan bebanan masalah air yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan. -Gambar fail/Astro AWANI
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.