GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di Tembok Laut Padang Kota Lama berikutan berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bermula petang Isnin selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua pihak.
"Pasukan penguat kuasa MBPP mengadakan kawalan keselamatan dan tidak membenarkan orang awam berada di laluan bawah pejalan kaki Tembok Laut Padang Kota Lama kerana air laut pasang.
"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan bawah dan elak berada di tepi Tembok Laut Padang Kota Lama ketika air laut pasang tinggi demi keselamatan," menurut kenyataan pada Isnin.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai fenomena air laut pasang surut di laman sesawang Stesen Tolok Air Pasang Surut Malaysia (STAPS) https://www.jupem.gov.my/staps/stesen-pulau-pinang-1.
Jumaat lepas, Tembok Laut Padang Kota Lama itu mula dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti beriadah.
Projek yang menelan belanja RM12.9 juta itu merupakan inisiatif menaik taraf kawasan tersebut bagi menyediakan ruang awam berkualiti yang boleh diterima, menarik dan inklusif untuk semua pihak.
Ia dijalankan berdasarkan kajian secara menyeluruh selain ciri-ciri keselamatan di kawasan sekitar diutamakan.
Pembangunan jajaran tembok laut itu termasuk ruang pejalan kaki adalah sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Keseluruhan kos projek tersebut dibiayai MBPP namun Kerajaan Pulau Pinang menyumbang kos tambahan RM1.4 juta untuk projek Linear Garden yang akan dimulakan tahun ini oleh MBPP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Penutupan itu dibuat bermula petang Isnin selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua pihak. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Padang Kota Lama, Fort Cornwallis saksi 1001 sejarah kemerdekaan negara
Padang Kota Lama terus dikenang sebagai lokasi bersejarah yang menyaksikan detik-detik penting dalam peristiwa kemerdekaan negara.

Tiga generasi masak 10,000 pek mi goreng sotong percuma 24 jam
Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang Sabtu hingga 5 petang Ahad (hari ini).

Beberapa jalan utama di P.Pinang akan ditutup pada 3 dan 4 Jun ini
Penutupan jalan-jalan utama akan dilakukan pada 3 Jun bermula 12 malam hingga 4 Jun pada 1 tengah hari.

Air laut pasang, laluan pejalan kaki tembok laut Padang Kota Lama ditutup sementara
Penutupan itu dibuat bermula petang Isnin selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua pihak.

Pengembara anak beranak berjalan kaki dari Johor ke Perlis
Ini kali kelima pengembara kelahiran Perak, R. Ragu, 43, melakukan pengembaraan itu dan bercadang menjadikannya sebagai acara tradisi setiap tahun sempena Hari Malaysia.

Sabar rakyat Malaysia, kita sedang kembalikan semula 'Asian Tiger' - Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sedang dilakukan ketika ini dengan pelbagai perancangan yang telah digarapkan bagi kebaikan rakyat.

Angin kencang, ombak besar membadai pantai Pulau Pinang
Ombak besar melanda pantai Pulau Pinang Isnin, susulan angin kencang disebabkan musim peralihan monsun, dijangka membadai Pantai Barat sehingga minggu depan.