KUALA SELANGOR: "Masa itu saya nampak air deras datang bergulung-gulung, bunyi kuat macam helikopter," kata pemilik rumah yang hampir ranap, Mohd Yusof Aminullah, 64.
Warga emas yang sudah menetap di Kampung Bestari Jaya, di sini, itu sejak lima dekad lalu nyata sebak apabila struktur rumahnya ditumbangkan banjir besar.
"Air mula memasuki ke kawasan kediaman pada hari Sabtu malam dan kami sangka ia banjir biasa.
"Sekitar jam 4 pagi Isnin, air semakin deras dan sudah melebihi paras pinggang. Saya segera arah isteri dan anak keluar terus dari rumah untuk ke tempat yang lebih tinggi.
"Masa itu hanya ada seorang anak lelaki bersama saya untuk cuba selamatkan dokumen dan perkakasan yang perlu, namun tidak lama kemudian anak saya menjerit supaya cepat selamatkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters, pada Sabtu.
Mohd Yusof (kanan) bersama anaknya melihat keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat banjir besar di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Menurut Mohd Yusof, lebih meruntun hati sebaik mereka semua berjaya keluar dari rumah, struktur hadapan rumah jiran runtuh sebelum disusuli rumahnya mengalami nasib sama.
Katanya, jalan hadapan rumah juga habis musnah dan peralatan perubatan isteri dan kad janji temu hospital habis rosak.
"Setakat hari ini, kami masih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah kerana dibimbangi struktur dan keadaan rumah masih tidak stabil, senget dan retak. Habis semuanya rosak mencecah RM200,000," ujarnya.
Sementara itu, anak Mohd Yusof iaitu Muhammad Amirul, 27, berkata, dia menarik tangan ayahnya keluar untuk menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi.
Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, waktu itu nyawa adalah lebih berharga daripada harta benda.
"Kita reda dengan apa yang berlaku kerana nyawa sangat penting. Alhamdulillah, sempat selamatkan 10 ekor kucing peliharaan," katanya.
Justeru, dia sekeluarga berharap rumah yang dibina dengan titik peluh ayahnya itu dapat dibina semula dan akan berikhtiar sebaiknya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Dec 26 2021

Mohd Yusof menunjukkan struktur rumahnya yang runtuh akibat banjir besar di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.