KOTA BHARU: Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh dua jam, kata Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.
Beliau berkata tiket yang terjual itu melibatkan 1,186 perjalanan bagi tempoh 4 hingga 9 April ini dan tiket berkenaan untuk tempoh dua minggu iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas Aidilfitri.
"Setiap hari sebanyak 88 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan bergerak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada 300 asnaf di sini, hari ini.
Che Ibrahim berkata kesemua pengusaha bas ekspres di negeri Pantai Timur bersetuju untuk menaikkan harga tambang bas kelas eksekutif kepada RM75 berbanding harga subsidi RM44.
Beliau berkata kenaikan kos pembelian bas serta alat ganti yang terlalu tinggi menyebabkan pengusaha terpaksa menarik balik subsidi yang diberikan kepada penumpang selama ini.
"Bas ekspres Musafir akan dinaikkan kepada RM44 berbanding harga sekarang iaitu RM35. Ini sebenar bukannya kenaikan kerana pengusaha di negeri Pantai Barat sudah lama mengenakan harga itu.
"Cuma kemungkinan atas dasar kemanusiaan pengusaha di sini masih belum menaikkan tambang. Kenaikan tambang itu belum dimuktamadkan dan mungkin diputuskan sama ada dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Che Ibrahim berkata kesemua pengusaha bas ekspres di negeri Pantai Timur bersetuju untuk menaikkan harga tambang bas kelas eksekutif kepada RM75 berbanding harga subsidi RM44. - Gambar Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Aidilfitri: Lebih 50,000 tiket habis dijual dalam tempoh dua jam
Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh dua jam, kata Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.

Tambang bas cekik darah, Gopeng-Johor Bahru RM241
Kementerian Pengangkutan diminta mengambil tindakan terhadap pengusaha bas ekspres yang didapati menaikkan harga tambang sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina.

Tiket pengangkutan awam laris menjelang sambutan Aidiladha
Kira-kira 218,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia disediakan TBS dan setakat ini kira-kira 180,000 tiket telah terjual.

50,000 tiket bas balik raya sudah terjual - E-Mutiara
Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri.

Luaskan inisiatif pas bulanan ke semua negeri - Mahasiswa
Penekanan juga perlu diberikan kepada adaptasi kaedah pembayaran bebas tiket fizikal bagi semua pengangkutan awam.

Menjelang Syawal: Lebih 28,000 tiket bas ke Kota Bharu habis dijual
Perjalanan membawa penumpang ke Kelantan dijangka bermula pada 26 April sehingga menjelang malam 1 Syawal.

Aidilfitri: Tiket bas Kuala Lumpur-Kota Bharu antara paling laris
Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual.

Tiket bas balik raya laris bak 'pisang goreng panas'
Shahrin berkata pada tahun ini 45 peratus tiket dibeli secara dalam talian dan beliau menjangka penjualan tiket itu akan terus meningkat pada minggu ini.

Penjualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula - Khairy
Kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

Polis Kedah pantau terminal bas sempena Tahun Baru Cina
Penumpang akan dipastikan mempunyai surat kebenaran polis sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan dan sekiranya tiada, mereka akan terus dikompaun dan diarah patah balik.