KUALA LUMPUR: Pas bulanan pengangkutan awam yang berintegrasi seperti digunakan di Lembah Klang perlu diperluaskan ke seluruh negara.
Demikian pandangan disuarakan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Muhammad Haziq Sabri, yang berpendapat, penekanan juga perlu diberi kepada adaptasi kaedah pembayaran bebas tiket fizikal, bagi semua pengangkutan awam di Malaysia.
“Bercakap tentang bas, kita maklum bas Rapid juga ada di negeri-negeri lain sebagai contoh Rapid Penang dan Rapid Kuantan, yang juga diselenggara oleh MyRapid. Tetapi mereka tidak ada pas bulanan seperti di Selangor.
“Kita harap boleh kembangkan pas tersebut ke seluruh negeri. Supaya ia boleh dimanfaatkan dan digunakan di semua tempat,” katanya dalam program Dialog Anak Muda terbitan Astro AWANI.
BACA: Kerajaan beri perhatian tingkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam - Anthony
Muhammad Haziq juga mencadangkan agar bilangan bas ditambah di semua negeri dan kajian dibuat ke atas semua laluan bas bagi membolehkan sambungan jaringan pengangkutan awam yang lebih komprehensif.
“Kita tidak patut fokus hanya kepada kereta api. Kita juga perlu fokus kepada jalan raya. Maksudnya, mungkin kerajaan persekutuan boleh tambah bilangan bas supaya boleh digunakan oleh belia dan seluruh rakyat Malaysia.” jelasnya.
Selain itu, Muhammad Haziq juga mahu sistem tiket diselaraskan untuk kemudahan pengguna pengangkutan awam.
Ini kerana, katanya, tiket bas di Kedah contohnya, masih mengeluarkan tiket fizikal, manakala di Lembah Klang sudah beralih ke e-tiket sepenuhnya.
“Bila seseorang datang ke Kuala Lumpur-Selangor, mereka akan terkejut kerana sistem tiket tidak sama. Jadi, kalau boleh, selaraskan sistem tiket ini.
"Ia akan beri impak besar kepada keselesaan menggunakan pengangkutan awam. Maksudnya, orang Kuala Lumpur-Selangor boleh guna tiket yang sama dengan yang digunakan di Kedah,” tambahnya.
Irfan Faruqi
Sat Mar 25 2023

Muhammad Haziq juga mencadangkan agar bilangan bas juga ditambah di semua negeri. - Gambar hiasan/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.

Anak muda bukan sekadar istilah, perlu diberi kepercayaan memimpin - Pemimpin Belia
Anak muda perlu diberi kepercayaan untuk memimpin bagi merealisasikan agenda pembangunan mampan.

Negara akan hilang 70 peratus tenaga mahir jika lepasan SPM tidak sambung pengajian
Jangkaan tersebut berdasarkan kepada laporan 48 peratus lepasan SPM 2021 yang tidak melanjutkan pengajian pada tahun lalu.

'Selaraskan rekaan hentian bas, tangani isu keselamatan pengguna'
Wan Muhammad Faiz berkata, sesetengah hentian bas berada dalam keadaan usang dan gelap, menimbulkan risiko kejadian tidak diingini.

Luaskan inisiatif pas bulanan ke semua negeri - Mahasiswa
Penekanan juga perlu diberikan kepada adaptasi kaedah pembayaran bebas tiket fizikal bagi semua pengangkutan awam.

Belanjawan 2023: Penerimaan belia melangkau angka dan jenama
Tiga dapatan menarik dari Dialog Anak Muda, yang menampilkan wakil belia yang ada latar belakang usahawan, penjawat awam, mahasiswa dan pekerja gig.

Setiap individu perlu ada pemikiran digital - Nicholas Tan
Semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan.

Wujudkan dana wakaf untuk PMKS - Aktivis belia
Beliau melihat walaupun telah ada inisiatif disediakan kerajaan, namun tabung dana wakaf itu dapat menambah nilai kepada ekonomi negara.

Program kesedaran peluang keusahawanan perlu diperluas di IPT
Masih ramai pelajar tidak punyai pengetahuan asas tentang ruang dan peluang untuk ceburi bidang keusahawanan.

Usahawan MKS dinasihat simpan lebih tunai, lebih berjimat untuk depani risiko kegawatan
Usahawan dinasihatkan untuk membuat pinjaman sementara masih mampu dan tidak terus menunggu dan lihat.