SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berkenan mewasalkan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.
Pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu bagi tempoh 18 Okt 2021 hingga 17 Okt 2024 diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Nov 2020) kali ini berlangsung secara bersemuka bermula hari ini hingga 6 Julai menyaksikan seramai 27,287 graduan akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.
Daripada jumlah itu, seramai 169 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah; 1,243 Ijazah Sarjana; 62 Profesional; 163 Diploma Lepasan Ijazah; 9,024 Ijazah Sarjana Muda dan 16,626 graduan menerima Diploma.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu bagi tempoh 18 Okt 2021 hingga 17 Okt 2024 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar Instagram SELANGOR ROYAL OFFICIAL
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadiri majlis ‘Hijab Fashion Award’
Penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
Tengku Permaisuri Selangor berangkat hadiri World #QuranConvention
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat menghadiri The World #QuranConvention 4.0, di sini hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Pameran Rahsia Kebaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Pameran Rahsia Kebaya yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara.
Universiti perlu tingkat kualiti pengajaran, pembelajaran - Tengku Permaisuri Selangor
Peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan pusat kurungan haiwan terbiar
Teliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.
Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri
Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan, titah Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Permaisuri Selangor titah pulihkan kembali seni sulaman kelingkan
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar usaha bagi memulih kembali warisan dan tekstil seni sulaman kelingkan diadakan dalam kalangan rakyat negeri itu.