SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar pihak berkuasa khususnya majlis perbandaran memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka.
Tengku Permaisuri Norashikin, yang juga Penaung Diraja kepada kempen 'Stray Free Selangor' (SFS) kendalian Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) bertitah, pihak berkenaan perlu meneliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar ini.
Baginda menzahirkan rasa dukacita dan kecewa susulan tular gambar serta video anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan anjing di Selangor, sekali gus menitahkan agar prosedur operasi standard (SOP) harian yang diguna pakai disemak semula.
"Ini kerana jika SOP semasa ini terbukti berkesan, tidak sepatutnya tular video yang menunjukkan anjing tersebut seolah-olah teraniaya, terabai dan tidak terurus," titah baginda menerusi hantaran di akaun Facebook Selangor Royal Office, hari ini
Tengku Permaisuri Selangor turut mencadangkan agar usaha ke arah memelihara kebajikan dan mengurangkan bilangan haiwan terbiar dipergiat menerusi kempen 'Create Caring and Compassionate Communities' (CCC).
"Antara perkara yang digariskan dalam kempen itu ialah memperkasa semula kolaborasi dan kerjasama antara majlis perbandaran dan penduduk taman perumahan terlibat.
"Majlis perbandaran dengan kerjasama SPCA juga boleh mengendalikan sesi 'responsible pet ownerships' (RPO) bersama penduduk, serta menyediakan jadual lawatan berkala oleh SPCA dan NGO ke pusat kurungan haiwan terbiar," titah baginda.
Tengku Permaisuri Selangor bertitah, pegawai kebajikan haiwan bersama pencinta haiwan mungkin boleh ditempatkan di setiap zon daerah, seterusnya melatih mereka untuk menggalakkan pengkasian (neuter) haiwan terbiar di bawah kempen SFS.
Di samping itu, baginda mencadangkan agar pihak berwajib mendapatkan khidmat nasihat dan pemantauan daripada SPCA serta NGO sekiranya wujud keperluan bagi melupuskan haiwan terbiar atas sebab kesihatan atau sebagainya.
"Di samping tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pihak berwajib, setiap ahli masyarakat juga perlu menggalas peranan yang lebih signifikan khususnya dalam memupuk perasaan sayangkan haiwan dan prihatin dengan keadaan sekeliling," titah baginda.
Media semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Unit Vektor, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP), akan meneliti semula tatacara pengurusan pusat kurungan anjing di bawah seliaannya.
Ia susulan tular beberapa keping gambar anjing yang kurus dan kelihatan tidak terurus di pusat kurungan haiwan yang didakwa bawah kendalian MPKL. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar pihak berkuasa khususnya majlis perbandaran memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka. - Gambar Facebook SELANGOR ROYAL OFFICE

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Catopia Shah Alam
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Taman Kuching Shah Alam hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.

Permaisuri Norashikin berangkat ke Program World Animal Day 2024
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat menghadiri Program World Animal Day 2024.

Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadiri majlis ‘Hijab Fashion Award’
Penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.

Tengku Permaisuri Selangor berangkat hadiri World #QuranConvention
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat menghadiri The World #QuranConvention 4.0, di sini hari ini.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Pameran Rahsia Kebaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Pameran Rahsia Kebaya yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara.

Universiti perlu tingkat kualiti pengajaran, pembelajaran - Tengku Permaisuri Selangor
Peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.

Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan pusat kurungan haiwan terbiar
Teliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.