KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada empat individu kenamaan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
Turut berangkat pada istiadat di Istana Negara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mendahului senarai penerima ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas yang dianugerahkan darjah SUMW membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Turut menerima darjah kebesaran itu adalah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Hadir sama pada istiadat tersebut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.
Sementara itu, Annuar dalam kenyataan berkata penganugerahan tersebut diberikan kepada tokoh yang memberikan sumbangan besar kepada kemajuan Wilayah Persekutuan.
Menurut beliau, Abdul Rahman berjasa dalam mengukuhkan jalinan perniagaan dan industri antara Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang membuka peluang perniagaan baharu serta pelaburan bagi komuniti perniagaan dan industri.
Sementara, Juhar pula memainkan peranan penting menyuntik semangat yang dibawa dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah adalah satu daripada rakan sekutu dalam kewujudan Malaysia.
"Kemajuan Sabah membolehkan Wilayah Persekutuan Labuan meluaskan rangka kemajuan ekonominya secara bersepadu dengan Sabah sebagai sebuah hab logistik, pengangkutan, minyak dan gas serta pelancongan," menurut Annuar.
Menurut kenyataan itu, Ragad Kurdi adalah penaung pelbagai organisasi kebajikan dan amal bergiat aktif dalam menghulurkan sumbangan serta bantuan kewangan dan peralatan perubatan bagi menangani wabak COVID-19.
Mohd Ali pula banyak berjasa mengeratkan hubungan Melaka dan Kuala Lumpur sebagai bandar raya berkembar dalam pelbagai sektor ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kiri) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Wilayah Persekutuan di Istana Negara hari ini. -Foto BERNAMA
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Raja Zarith Sofiah tinjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meninjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi, pegawai Istana Negara kagum disiplin Sultan Ibrahim
Keperibadian Sultan Ibrahim juga bertitik tolak daripada didikan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mengutamakan disiplin.
Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.
Rakyat berpeluang saksi Alat Kebesaran Diraja sempena pertabalan Agong
Antara alat kebesaran itu ialah pedang, keris panjang dan sundang Diraja, tiga senjata Melayu tradisional yang dijadikan sebahagian daripada Alat Kebesaran Diraja.
Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi
Fahmi berkata Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika beliau hadir dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pagi semalam.
Agong terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.
Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17
Warkah persilaan menggunakan tulisan jawi yang ditulis tangan itu, diletakkan di dalam kapsul khas untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama.
Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.
Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.