KUALA LUMPUR: Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi menjadi antara rutin Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyemak laporan penting yang dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda, kata Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Meluahkan rasa kagum terhadap disiplin Sultan Ibrahim, Azuan Effendy berkata, selama enam bulan berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda, ketepatan masa sangat dititikberatkan dalam kalangan pegawai Istana Negara.
"Saya fikir ini (tahap disiplin) tidak terjadi dengan sendiri, tentulah ia kerana latar belakang Seri Paduka Baginda sendiri seorang Raja yang melalui latihan ketenteraan. Seri Paduka Baginda pernah berada di Fort Benning, Amerika Syarikat melalui latihan ketenteraan yang begitu lasak.
"Seri Paduka Baginda membuat banyak penerjunan, lebih 20 kali. Bukan hanya penerjunan pada waktu siang tetapi juga pada waktu malam dan Sultan Ibrahim sendiri pernah mengalami beberapa kemalangan," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Istiadat Pertabalan Payung Mahkota;
Daulat Bertakhta yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Turut serta dalam program itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.
Azuan Effendy berkata, keperibadian Sultan Ibrahim juga bertitik tolak daripada didikan Ayahanda Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mengutamakan disiplin.
"Walaupun Seri Paduka Baginda merupakan anakanda Sultan, tetapi duit perbelanjaan tidak diberikan oleh Paduka Ayahanda dan Sultan Ibrahim terpaksa menjual botol di kedai untuk mendapatkan wang.
"Akhirnya dengan wang itulah Seri Paduka Baginda membeli Basikal Chopper yang akan ditunjukkan semasa Pameran Raja Kita di Muzium Negara pada 25 Julai," katanya.
Mengenai Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada 20 Julai ini, Azuan Effendy berharap ia dapat mendekatkan lagi institusi beraja dengan masyarakat, sekali gus menerapkan perasaan taat setia kepada raja dan negara terutama dalam kalangan generasi muda.
Sebagai individu termuda yang menjawat jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela, beliau berbangga diberi peluang mengendalikan istiadat berkenaan dan berharap anak muda yang lain juga berminat mendalami dan mempertahankan institusi beraja di negara ini.
"Saya selalu andaikan hubungan Raja dan rakyat ini umpama pohon dan akar. Raja adalah pohon dan rakyat akarnya.
“Akar perlu kuat barulah pohon itu akan berada dalam kedudukan yang teguh dan apabila pohon itu teguh ia akan merimbun, menaungi rakyat dalam keadaan penuh aman dan sentosa," katanya.
Sementara itu, Fahmi turut berharap istiadat itu diraikan setiap lapisan umur terutamanya generasi muda bagi menunjukkan Malaysia berada di bawah payung Raja-Raja Melayu yang menjadi titik rujukan dari segi semangat hidup kenegaraan.
"Saya minta istiadat ini ditayangkan di rumah supaya ibu bapa ajak anak-anak tengok. Kalau kita dapat bagi rasa kagum mengenai institusi beraja, itu saya harap akan membuatkan generasi muda faham ada satu ketinggian, ada satu konsep yang mana kita meletakkan penghormatan tertinggi kepada institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Azuan Effendy berkata, selama enam bulan berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda, ketepatan masa sangat dititikberatkan dalam kalangan pegawai Istana Negara. - Gambar Bernama
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.
Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah
Banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna.
Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17
Majlis yang diadakan di Surau Utama Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.
Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM
Wajib bagi setiap rakyat di negara ini menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Sesungguhnya ... #AgongKita
Soalan yang pernah bermain di fikiran sepanjang 12 tahun menjadi wartawan, adakah boleh untuk seorang wartawan menemubual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?
#AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI
Raja itu ibarat payung yang dipertanggungjawabkan menaungi rakyat jelata dari sinar terik mentari, dan rakyat itu diibarat sebagai lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Diraja.
#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong
YDP Agong mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menghayati serta menginsafi peristiwa di sebalik dua tarikh bersejarah.