KUALA LUMPUR: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini mempunyai keistimewaan tersendiri lebih-lebih lagi persiapan yang diatur rapi turut mendapat sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna untuk menonjolkan keunikan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.
"Saya ambil contoh sekecil-kecil persiapan kad jemputan, Seri Paduka Baginda berdua memberi sedikit kelainan kad itu warnanya biru Tiffany iaitu warna kegemaran Seri Paduka Baginda.
"Cenderamata pertabalan, pingat pertabalan semuanya dilihat dengan begitu terperinci oleh Seri Paduka Baginda.
Boleh saya katakan Seri Paduka Baginda begitu cakna, sangat mengetahui segala perkara," katanya pada program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Turut serta dalam program itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.
Azuan Effendy berkata, beliau percaya Sultan Ibrahim juga akan menampilkan keunikan tersendiri pada istiadat yang bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara itu antaranya semasa upacara mempersembahkan keris kerajaan iaitu Keris Panjang Diraja yang melambangkan pemusatan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Menelusuri sejarah istiadat pertabalan sebelum ini katanya, setiap Yang di-Pertuan Agong mempunyai cara tersendiri apabila menerima keris berkenaan.
"Ada Yang di-Pertuan Agong yang menjunjung keris itu, ada juga yang membuka sarung keris dan mengucupnya. Ini kita tidak tahu apa yang akan dilaksanakan dan saya percaya kita akan dapat saksikan nanti pada 20 Julai ketika istiadat pertabalan itu berlangsung," katanya.
Selain itu, beliau berkata istiadat penuh bersejarah itu juga akan diserikan dengan keberangkatan dua Ketua Negara luar iaitu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
Menyifatkan persiapan istiadat itu seumpama sebuah keluarga ketika mengadakan kenduri kahwin, beliau berkata semua pihak terlibat bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan sempurna bagi menyerlahkan keunikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir setiap lima tahun.
Mengenai persediaan peribadinya yang juga Ketua Adat Istiadat di Istana Negara, Azuan Effendy berkata sesi raptai kerap diadakan memandangkan beliau menggalas tanggungjawab berat mempersembahkan beberapa bait perkataan tanpa teks.
"Apabila berada di tengah-tengah (Balairung Seri) dalam kalangan Raja-Raja Melayu yang berangkat hadir dan ketua negara asing juga berangkat, saya sentiasa berdoa kerana kekuatan dalaman itu juga penting untuk melancarkan istiadat.
"Saya tidak boleh buat apa-apa kesilapan, mesti pastikan segala-galanya teratur dan bukan hanya saya, ia kerja berpasukan," katanya.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. – BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini diatur rapi turut mendapat sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. - Gambar ISTANA NEGARA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.

Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah
Banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna.

Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17
Majlis yang diadakan di Surau Utama Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.

Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM
Wajib bagi setiap rakyat di negara ini menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sesungguhnya ... #AgongKita
Soalan yang pernah bermain di fikiran sepanjang 12 tahun menjadi wartawan, adakah boleh untuk seorang wartawan menemubual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

#AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI
Raja itu ibarat payung yang dipertanggungjawabkan menaungi rakyat jelata dari sinar terik mentari, dan rakyat itu diibarat sebagai lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Diraja.

#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong
YDP Agong mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menghayati serta menginsafi peristiwa di sebalik dua tarikh bersejarah.