KUALA LUMPUR: Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja simbolik kepada kedaulatan negara malah menjadi titik rujukan semangat kenegaraan yang utuh dan lambang kehidupan harmoni masyarakat majmuk di Malaysia.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peristiwa penuh bersejarah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim yang bakal berlangsung pada 20 Julai ini akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.
Beliau berkata, istiadat itu adalah antara bukti keunikan sistem Raja Berperlembagaan dinaungi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang memayungi serta menyatukan rakyat dengan rencam budaya dan agama dalam sebuah negara berdaulat, merdeka serta harmoni.
"Peristiwa ini (istiadat pertabalan) mengingatkan kembali masyarakat dan negara bahawa berdirinya Malaysia adalah di bawah payung konsep Raja-Raja Melayu khususnya institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Kita mahu pastikan generasi Alfa ini (generasi abad 21) faham bahawa mereka dilahirkan dalam suasana dan dalam satu negara yang penuh dengan adab, adat, budaya, rasa hormat dan ketertiban.
"Apabila mereka menyaksikan istiadat ini, menimbulkan rasa kagum membuatkan generasi muda faham bahawa ada nilai ketinggian atau konsep dalam negara yang meletakkan penghormatan tertinggi kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Fahmi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Istiadat Pertabalan Payung Mahkota, Daulat Bertakhta' terbitan Bernama TV yang disiarkan malam tadi.
Program itu turut menampilkan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini sebagai panel jemputan.
Edisi khas yang bersiaran selama satu jam itu adalah sempena istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Mengulas lanjut Fahmi berkata, sistem dan institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tunjang kestabilan negara juga antara faktor utama dalam menarik minat pelaburan asing.
"Dengan adanya sistem ini, tidak timbul isu kestabilan sosial malah memberi keyakinan kepada pelabur bahawa Malaysia sebuah negara yang aman dan damai untuk pelaburan. Di peringkat rakyat juga, ia akan menyuburkan hubungan rakyat dan raja bagaikan akar dan pohon yang saling melengkapi... rakyat dan raja berpisah tiada," katanya.
Beliau juga berkata, liputan media sempena istiadat itu akan dilaksana secara besar-besaran dengan persiapan yang rapi melibatkan semua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan agensi media.
Fahmi berkata, usaha tersebut adalah bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang menetap di luar negara dapat menyaksikan peristiwa bersejarah dan penting itu.
Acara-Acara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara diikuti Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan pada 19 Julai.
Masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri yang tiada Raja atau Sultan akan menggunakan teks khutbah itu manakala yang lain tertakluk pada perkenan Raja atau Sultan masing-masing.
Pada malam 20 Julai akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai manakala Pameran Raja Kita di Muzium Negara diadakan pada 25 Julai sebelum acara-acara sempena Istiadat Pertabalan diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai. - Bernama
Bernama
Fri Jul 12 2024
Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja simbolik kepada kedaulatan negara malah menjadi titik rujukan semangat kenegaraan yang utuh dan lambang kehidupan harmoni masyarakat majmuk di Malaysia. - Gambar Istana Negara
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Kerajaan perlu pastikan prestasi baik ini bawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, bukan beri keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
Sultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.